Friday, May 06, 2011

AZAH : Cabaran 50 Buku : (1) Adam & Hawa


Tajuk: Adam & Hawa
Pengarang: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad
ISBN 983-124-216-5
Harga : RM 19.90
Cetakan : 2006
Muka surat: 492 muka

Ini adalah ulasan pertama untuk http://ulatbuku-06.blogspot.com/p/jom-lomba-baca.html. Baru nak stat bagi ulasan ;)

Novel Adam & Hawa mengisahkan seorang wanita bernama Ain Hawani telah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang jejaka yang  bernama Adam Mukhriz. Adam Mukhriz atau Am adalah seorang lelaki yang suka berfoya–foya dan mempunyai ramai teman wanita.  Pertemuan yang tidak dirancangkan telah berlaku  ketika Ain hawani menghadiri temuduga sebagai guru ganti disebuah Tadika Bintang Kecil. Walaubagaimanapun Ain Hawani sentiasa menidakkan perasaannya kerana Adam Mukhriz kerana sikap Adam Mukhriz yang ala-ala playboy.
Cinta pandang pertama Ain Hawani telah bertukar menjadi benci apabila dia dan Am ditangkap khalwat dan sikap Am yang tidak cuba untuk berterus terang dan tidak cuba menegakkan keadilan di hadapan Pegawai-pegawai Agama Islam tersebut. Bagi Am pula mendiamkan diri bukan beerti dia mengiyakan fitnah tersebut tetapi dia ingin melarikan diri dari dikejar perempuan yang suka mengambil kesempatan ke atas dirinya dan dia memang telah jatuh cinta pada Ain.
Akhirnya dengan satu lafaz akad nikah pada malam kejadian tersebut, Ain sah menjadi milik Am. Am mengharapkan rumah tangga yang bahagia bersama Ain tetapi Ain menanggap perkahwinan yang tidak dirancang itu sebagai malapetaka dan memusnahkan masa depannya. Ain membawa diri ke Australia tanpa pengetahuan Am dengan harapan untuk melupakan kisah hitam yang terjadi dalam hidupnya.
Selepas lapan tahun, secara kebetulan mereka telah berjumpa semula. Walaupun telah lama berpisah Ain masih isteri Am yang sah. Pertemuan yang tidak disangka itu telah menimbulkan bibit cinta mereka kembali. Tetapi kerana ego seorang wanita, Ain tetap menidakkan perasaannya dan mencari alas an supaya mereka berpisah untuk selama-lamanya.
Saya bagi 3 star untuk novel ni J



No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...