Wednesday, May 19, 2010

kawan umpama .............


betul ke kawan tu umpama bulu ?
tp x pasti la bulu ape?mungkin bulu ketiak
sbb ble panjang..kte kena cabut....ble cabut rasa sakit....tp nnti akan tumbuh balik...
mungkin betul...

atau kawan tu umpama kurap ?
yang datang menyakitkn kte...menghodohkn kulit kite

atau kawan tu umpama tahi lalat ?
ada tahi lalat yang membuatkn kte nampak manis di pandang....
tp ada jugak tahi lalat yg menyebabkan kanser........

kahwin ni ibarattt masuk guaaaa


apa itu perkahwinan ?

 seorang sahabat aku pernah bercakap...perkahwinan itu ibarat masuk ke sebuah gua....betul ker...
n aku rasa sangat betul..   kenapa n mengapa ??? sebabnya...

ble kte di depan pintu gua...kte teringin sangat nak masuk ke dalam gua....nk tgk apa ada di dalam....
membayangkan yg indah2....kononnye...ble masuk ke dalam gua akan jumpa harta karun...atau jumpa air terjun yang cantik....

walhal hakikat sebenar...kte sendri xtahu pun apa yg ada dalam gua tersebut...maybe sesetgh org masuk ke gua betul2 jumpa harta karun...jumpa air terjun yg cantik....
tp xmustahil jugak...ada org masuk ke gua...xjumpa paper.....kosong...sunyi...sepi...
ada juga yg masuk gua..jumpa binatang buas...camne tuh...samada die berjaya selamatkn diri atau die sendri menjadi magsa binatang buas tersebut...


mcm tu jugak perkahwinan....seblum berkahwin...kte membayangkan sesuatu yg indah...hidup ngn org yang kte syg.... rasa diri disayanggi....huhuhuuh....tp setakat mana menda tu akan kekal...


cuma...kte hanya boleh berdoa semoga perkahwinan ini akan menjadi rahmat untuk kte semua...n semoga ALLAH kurniakan ku seorang suami yg boleh membimbing ku di dunia akhirat..AMIN

Tuesday, May 11, 2010

debaran sebelum bergelar isteri....

lagi 26 hari aku akan bergelar isteri org...dan bakal berkahwin dengan anak jati kelantan...
sebenarnya aku risau..huhuhu...mcamana keadaan ku selepas berkahwin...semoga Allah mengurniakn bahagia tuk ku...

slalunya aku hapy tgk org len yg bahagia....bercinta...berkahwin...n paling best...lepas kahwin tinggal satu negeri dengan mak n mak mertua...seblum kahwin pun...mak mertua diorng slalu kol bertanya khabar.... berbeza sungguh ngn  aku ...aku xpernah bercakap ngn mak mertua...camne la aku nnti...

hanya Allah je tau...semoga Allah jadikan perkahwinan ku sebagai rahmat utk ku dan keluarga ku...Amin

Monday, May 10, 2010


 10 Mei 2010 - dalam hatikuuu 



em....Ya Allah Kau jadikanlah perkahwinan ku sebagai rahmat n berkat dr Mu utk aku, fahmi, keluarga ku n keluarga Fahmi...
aminnnnnnnn

Friday, May 07, 2010

7 mei 2010 - Jumaat

arini aku dan fahmi selamat mengedarkan kad kahwin kat kawan2 ofis....hehehe
berdebar2 gak nak edar kad...cuma harap sangat semua berjalan dengan lancar,...semoga Allah permudahkan urusan ku....amin
n terima kasih tak terhingga pada kawan2 ku ...ada yg sangat excited n terkejut dapat kad...heheh...
tapi ada yang terdiam...mungkin kecik ati aku x bgtau....aku menyusun 10 jari mohon maaf pd kawan2 sebab lambat inform....n rahsiakan pertunangan sume....n aku ada sebab tersendri.....
cuma harap....Allah permudahkan urusan ku...dan menjadikan perkahwinanku sebagai sejuta rahmat pada diriku, fahmi , keluarga ku terutama ibu ku tersayang dan keluarga fahmi...AMIN


Thursday, May 06, 2010

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL


wahai kawan-kawan ku yang tersayang...semogaa kte termasuk dalam golongan yang Allah redhai dan rahmati...Amin

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung 6 perkara menjelang - hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
" Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid"
    - Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai" - Sahih Muslim

Sumber: http://www.al-azim.com/~beringin/agama/menu.htm

Wednesday, May 05, 2010

Tips mengelak dan menyembuhkan penyakit menurut  Rasulullah S.A.W

 

1.  PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan ialah perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)



2.  MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat

pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).


3. PERKARA YANG MENGELAPKAN PANDANGAN

iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak

menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.



4. PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu

berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan

banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu

menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.



5. PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong,dengki, berdusta dan

suka mengadu domba.



6. PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullai (beribadah

di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur

(masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan

petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu

pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.



7.  PERKARAN YANG MEROSAKKAN KEFAHAMAN DAN INGATAN


Perkara yang boleh menyebabkan rusaknya ingatan dan kefahaman iaitu

sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati

sedih dan fikiranrunsing. 


8. PERKARA YANG MENAMBAHKAN INGATAN DAN KEFAHAMAN 

ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit

minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta

mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.


amalan menjaga kesihatan mengikut Rasulullah SAW

tips menjaga kesihatan mengikut Rasulullah SAW

1.  Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


semoga menjadi amalan kite semua

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi

di petik dari blog : cute geek boys

hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."



Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.


1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta lembablah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...