Friday, April 03, 2015

Sindrom Penyakit M


Pernah tak korang mengalami tidur yang tak berkualiti? 
Huhh macam susah je nak faham soalan aku tuh... 
ok..aku mudahkan cerita... pernah tak korang bangun tidur, tapi rasa tak puas tidur.. rasa nak tidur lagi... ? nak bukak mata pun malas... pastu teringat... kalaulah hari ni ..hari ahad..boleh la aku tidur puas-puas...huuhuh (itu adalah contoh tidur yang tak berkualiti) 

Tapi pernah tak korang alami... tidur sekejap je.. tapi bila bangun rasa segar sesangat. Rasa puas. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 5pagi. Itu tandanya tidur kita berkualiti. 

Sejak dua tiga hari lepas, aku mengalami masalah tidur yang tidak berkualiti. Huhuh Tak puas tidur. Tak puas peluk bantal. Aku rasa malas nak bangun tinggalkan toto. Lepas tu pergi kerja rasa tak bersemangat. 

Jadinya, aku mengalami sindrom penyakit M.(iaitu malas)  

So, aku merasa sangat peliks.. mengapakah hal ini menimpa aku. Walhal aku tidur awal sesangat. Pukul 10 aku dah pengsan dengan irdina. Sedar-sedar dah pukul 6 pagi. Tapi tak puas tidor. Walhal dah 8 jam aku membuta. 

Setelah aku memuhasabah diri aku yang dhaif ini, baru aku perasan apakah punca berlakunya tidur tak berkualiti....

Mula-mula aku kaji macamana aku boleh dapat tidur yang berkualiti. Ape yang aku buat sebelum tidur. Berapa jumlah jam aku tidur..dan dimana aku tidur? Atau adakah disebabkan aku mengalami mimpi yang aneh... 

Bila dikira dari jumlah jam dan lokasi aku tidur...sama je setiap malam. Hahh Malah tidur atas toto boleh mengundang mimpi yang enak skali :D. Ha dasyat tu. Oleh itu faktor jumlah jam dan lokasi tidak boleh diambil kira. Malah faktor mimpi aneh juga tak boleh digunapakai sebab setiap malam aku mimpi yang indah-indah jek. heheh

So, next step aku kaji amalan sebelum tidur. And i got the answers. Bila sebelum tidur aku amalkan semua sunnah Rasul SAW, maka dengan izin Allah, aku akan dapat tidur yang sangat berkualiti. Kira tidur first class walaupun beralaskan toto yang setengah star tu... 

Sebelum tidur, aku baca surah Al-mulk, al-sajadah, bismillah 21x, 3 Qul (3 x) dan zikir Subhanaalah, alhamdulillah & Allahuakbar), maka keesokkan harinya aku akan bangun tidur dengan segar dan bersemangat. Ya Allah, besar rupanya hikmah mengamalkan sunnah baginda.

Dan bile aku mengalami tidur yang tidak berkualiti ialah apabila aku men tdo je... tanpa baca sebarang doa, surah or zikir.. Letak kepala trus hanyut kek selat melaka. So.. keesokkan paginya aku akan mengalami sindrom tak cukup tidur. Bangun rasa malas, badan tak segar... dan macam-macam lagi. 

Jadi..moral of the story... tlg lah next time baca doa sebelum tidur. Even nak buat pape tlg baca bismillah wahai diri ku. 

Rasulullah saw bersabda, “Setiap pekerjaan yang baik, jika tidak dimulai dengan “Bismillah” (menyebut nama Allah) maka (pekerjaan tersebut) akan terputus (dari keberkahan Allah)”.

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...