Wednesday, April 01, 2015

GST lagi!

Assalamua'laikum wbt

Hari yang ditunggu telah tiba. Selamat Datang GST...
Rata-rata kat fb ramai orang post pasl GST dan harga barang naik melambung...
Emm... seingat aku dua, tiga bulan lepas aku makan nasik lemak kat sebuah warung. Masa nak bayar, pakcik tu siap cakap .." dik, harga mahal sikit ye sbb bulan 4 ni ada GST"...
Aku sengih campur ikhlas tak ikhlas je. Belum pun sampai GST, harga dah naik. So, bila dah laksana GST confirm la harga lagi naik. 

Taapi tu la, ape yang boleh kita buat. 
Ok...setiap apa yang jadi.. Allah dah tentukan. Setiap yang berlaku, tanda dunia dah makin menuju akhir zaman. Nak kiamat dah bro! 

Aku pernah terbaca mengenai fasa zaman Nabi Muhammad SAW. Salah satu fasa adalah dipanggil zaman yang menggigit. 



Zaman kita sekarang adalah zaman menggigit. Pemerintah menindas. Rakyat tertindas. Harga barang naik melampau. Tak seiring dengan pendapatan rakyat. Rakyat ibarat kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. 

Namun nafsu manusia ni nak lebih dari tu. Nak pakai baju cecantik. Nak make up tetebal. Nak kulit gebu. Nak pakai kete besar, rumah besar..tapi bini besar taknak...huhu So, thats why la ramai suri rumah keluar bekerja. Cari rezki! Bukan tu jek, siap wat kerja part time lagi. Jual baju, tudung, kasut online. Men saham lagi! Semata-mata untuk menampung hidup ni. Tapi hidup camtu gak. Tiap bulan.. duit habis gak. Jadilah kita ni sebagai hamba duit. Siang malam pagi petang asyik cari duit & fikir duit. 

Tapi sampai bila kita nak kejar cari duit. Siang malam keje. Anak anak ditinggalkan. Tapi sebenarnya, kita tersilap. Kita sepatutnya jadi hamba Allah, bukan hamba duit. Kita bekerja kerana Allah. Bukan kerana duit. Yang bagi rezeki Allah, bukan duit, bukan bos. Memang orang kata, duit tak dtg melayang. Tapi aku bukan bermaksud kita perlu duduk atas tikar sejadah 24 jam dan tunggu duit jatuh dari langit. its not wat i mean. 

i mean, kerja tetap kerja. Cukup masa kta perlu beribadah pada Allah. Solat, puasa dan sebagainya. Dan cukup masa, kita balik rumah tengok anak-anak. Soal rezeki leave it to Allah. Tawakal pada Allah. Bukan kah percaya pada Qada dan Qadar salah satu dari rukun Iman. Jadi klau rasa kita beriman kepada Allah, kita mesti percaya pada Qada dan Qadar. Setiap hamba itu, sudah ditentukan rezekinya. 

firman Allah SWT :
" Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya"
Surah Al-Mulk ayat 21


Banyak cara untuk tarik rezeki supaya rezki berkat & cukup... Antaranya ialah 

** Solat Dhuha. 
** istigfar

“Barang siapa yang memperbanyak istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar dari setiap kesusahan dan kesempitan, dan Allah juga akan mendatangkan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...