Assalamua'laikum wbt
Alhamdulillah, masih berpeluang bertemu di arena maya. Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana masih meminjamkan umur untuk kita.
Aku baru terbaca satu post. Kisah seorang muslimah yang menjadi viral dalam fb. Tak siapa pun yg mengenali beliau. Tapi dengan tibaa-tiba beliau menjadi glemer selepas kematian. Beliau digambarkan sebagai seorang wanita solehah oleh suaminya. Alhamdulillah mati dalam keredhaan Allah dan dalam keredhaan suami. Ramai orang post dan share pasal hamba Allah ni.
Teringat kata kata seorang ustaz... jika ingin tahu adakah seorang manusia itu mati dalam husnul khotimah atau tidak... lihat lah selepas kematian beliau. Jika selepas kematiannya... semua orang mengatakan die adalah orang baik.. lelaki soleh... wanita solehah... maka in sya Allah kematiannya adalah husnul khotimah....

Nadhratan Naim Abdul Sani
Al_quran menjadi pegangan beliau...
Qiamullail menjadi teman seperjuangan beliau
Al- Matsurat menjadi penghibur beliau....
Coretan suami beliau...
Bila nak banding kan diri aku dengan dia, aku terasa jauh sangat berbeza.
Tengok gambar kahwin pun dah cukup menggambarkan segalanya. Penuh dengan kesederhaan. Berbanding majlis kita, bercampur baur dengan dosa pahala. Allahuakbar. Moga Allah bagi kesempatan untuk kita bertaubat.
Di kala manusia pilihan Allah sedang sibuk menyiapkan diri dan bekalan menuju syurga Allah, kita pula masih leka...masih lalai kejar harta dunia. Sibuk bekerja siang malam tanpa ada bekalan pun.
Ketika orang bangun tahajjud, kita enak dibuai mimpi durjana.
Ketika orang lain sibuk bersedekah, kita sibuk mengumpul wang di bank.
Ketika orang lain sibuk bersolat, kita endah tak endah.
bila sampai ajal...semua harta pangkat, dan nama ditinggalkan. Yang dibawa cuma amalan.
No comments:
Post a Comment