Tuesday, February 10, 2015

Allah Tempat Meminta


Tahun 2015 ni dah hampir 9 tahun, aku jadi pensyarah. Wahhh kalau ada anak...dah besar dah budak tu. Dah darjah 3. Cis..macam hebat jek. Tapi kalau ukurkan level kepandaian dan level kecekapan mengajar... masih sadis rasanya. Masih di tahap merangkak. Hidup ini masih perlu belajar. Cuba ko tanya..berapa subjek yang aku expert....huhuhu sadisnya nak cakap. Banyak yang tak expert dari expert. 

Sejarah asalnya aku langsung tak berminat nak jadi cikgu. Cikgu ni samalah dengan pensyarah. Tugas mendidik. 

Tapi mak aku suka sangat aku jadi cikgu. Katanya... " elok hang jadi cikgu..senang...kerja tak susah"...

Bukan tu je.. asal aku jumpa orang kampung je...mesti sume ckp...

" wah ..cikgu nak pi mana"...

(dalam hati aku....ade ke panggil aku cikgu...hati aku jerit-jerit taknak jadi cikgu)

Tapi berkat doa semua orang ...akhirnya aku terpaksa akur menjadi seorang pensyarah kebanggaan anak-anak aku. 

Bila aku dah melibatkan diri dalam dunia pendidikan ni, aku rasa memang aku serasi sesangat. Jiwa aku rasa tenang, happy. Mana taknya mengajar seminggu cuma 10 jam. Wahahha.... Sapa tak mau! Opss tapi bukan tu ja keje aku. Banyak lagi. Buat SHort kos. Handle budak. Handle assessment!. 

Tapi aku memang salute la pada cikgu-cikgu yang ajar sekolah tadika dengan darjah 1. Macamana diorng boleh train budak-budak sampai boleh baca dan mengira. hebat sesangat!. Mak ayah cuma tau hantar..then petang datang amik. Lepas tu mengharapkan anak jadi terer macam Adi Putra. 

Masa aku kat Universiti dlu..aku antara golongan yang tak pandai. hahah (jujur nih). Pointer ngam-ngam jek. Belajar ok la jugak tapi pointer cukup-cukup makan. Makanya cita-cita nak jadi engineer seakan-akan terkubur. Hahah sedah dah diri tak layak. 

Dengan kesedaran yang ada...lepas tu dihujani dengan kata-kata sinis orang-orang yang tak bermotivasi..

" sekrang banyak orang mengganggur...budak yang ada ijazah pun takde keje.."

pastu ada lagi orang cakap...

" ko ni belajar amek electrical..keluar confirm ke ade kerja"...

Wwah...sadis giler dengan kata-kata semangat orang-orang kat aku... 
Aku pun sesangat la risau. Kalau-kalau aku termasuk dalam golongan yang mengganggur. Dah la praktikal kat majlis bandaraya ipoh jek. Kalau praktikal kat kilang...mungkin ada harapan orang nak serap masuk kerja kilang.. . Mak aku bukan orang kaya. Aku lagi la tak kaya. Kayap adala. Duit poket pun mengharapkan belas ihsan mak dan JPA. 

Fikir punye fikir... Allah bagi ilham kat aku....

Orang kata doa mak ni mustajab. So tiap kali aku kol mak, mesti la aku paksa mak doakan aku. Hahha kueng asam punya anak. Aku mesti pesan kat mak... jangan lupa doakan anak mu ini. Pesan tahap gaban punya. Tiap-tiap hari... 

Pastu kebetulan time aku final year bersamaan bulan pose. Aku bersama-sama geng gadis melayu terakhir memang pi terawih. (syukur Allah kurniakan sahabat-sahabat camtu). So, tiap kali pi masjid, aku akan sedekahkan duit yang ada dan niat... Allah mudahkan aku dapat kerja. Memang aku buat tiap kali pi masjid. Aku doa sesangat mohon pada Allah. Sebab aku memang tak pandai. Pointer ngam-ngam. Aku memang doa Allah bagi kerja supaya aku dapat tolong mak & adik-adik. 

Masa sem akhir..aku dh start hantar resume. Orang len sibuk wat final projek...aku sibuk hantar resume sana sini. (hampess tak..) Punye risau tak dapat keje. 

Akhirnya aku pun habis belajar tanpa dapat sebarnag panggilan interview. Wahhaha. Aku dah mula imagine yang aku duduk kampung. Pakai  tshirt, pakai kain batik, pastu jadi bibik. 

Disebabkan kerisauan sering melanda dan menyusahkan hati dan nurani aku... aku wat solat hajat setiap hari dan juga tahajud. Sebelum ni tahajud dan hajat jauh sekali aku nak wat. Maish mengharap belas ihsan dari Allah. Dan hari-hari jugak aku paksa mak doa tuk aku. Huhuhu... 

Aku habis belajar dalam bulan 4. Pastu dengan izin Allah, bulan 6 aku dapat panggilan interview dari Itp. Dan bulan 7 aku start keje ngn ITP as lecturer. Wahah... Ya Allah besarnya kurniaan Mu. Nikmat Allah yang mana hendak didustakan. 

Kat ITP bermulalah perjalanan hidup aku sebagai seorang pensyarah dengan gaji RM1500 sebulan tanpa sebarang elaun. ALhamdulillah. Tak sangka walaupun aku antara makhluk Allah yang tak berapa pandai kat U tapi antara orang yg menganggur sekejap. Allah adalah tempat meminta. Mintalah apa sahaja dengan Allah dengan jalan sabar dan solat. 

Setelah setahun berjasa di ITP..aku melanjutkan pekerjaan as a pensyarah di Kolej Komuniti. Manusia memang tak pernah bersyukur kan. Bila Allah dah bagi kerja kat suatu tempat.... Lepas tu mintak lagi kerja kt tempat lain. Kononnya nak gaji lebih. Basic + elaun. 

"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (Surah al-Nisaa':32)

Dah nama manusia..bila susah..risau..serabut boleh je solat taubat & tahajud. Tapi bila dah senang..payah sangat nak buat. Takde masa la...tak sempat la. Macam-macam. Huhu la ni susah sangat nak amek masa wat semua tu. Banyak mencari alasan dari mencari masa. 

Ya Allah.. jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur dan orang-orang yang bertaubat. Amin. 

2 comments:

  1. betul tu, tang dalam keadaan susah, menangis-nangis mengadu kat Allah, bila Allah bagi apa yang diminta, mmmmmm......... sesungguhnya akulah hambamu yang lalai, amaran untuk diri akak

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..melimpah ruah rezeki Allah dh beri..crita yg jujur dan ikhlas..tersentuh hati sy..

    ReplyDelete

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...