Assalamua'laikum wbt
Bila ajal datang menjemput, tidak akan lewat walau sesaat dan tidak akan cepat walau sedetik.
Baru-baru ni aku dapat berita kawan kepada adik ipar aku koma. Koma yang tiba-tiba. Bermula ceritanya dia tengah happy tengok tv dgn suami & anaknya. Kemudian die pergi ke toilet. Apabila keluar tandas, tiba-tiba dia sakit kepala dan terus pengsan. Kemudian suami beliau menghantar dia ke hospital. Dan doktor mengesah beliau koma dan mengalami pendarahan dalam otak. Salur darah otak beliau pecah. Nauzubillah. Hanya Allah je tau. Besarnya kuasa Allah.
Dan beberapa hari selepas tu beliau telah meninggal dunia. Allahuakbar!
Apa yang menginsafkan kita adalah beliau meninggal dunia tanpa sebarang sakit. Kematian yang mengejut tanpa sakit dan tanda-tanda.Dan di usia yang muda iaitu 26 tahun. Dan yang paling menyedihkan beliau tinggalkan seorang anak berusia 3 bulan. Benarlah kata Rasulullah SAW, apabila matinya anak adam hanya amal yang akan kita bawa. Segala harta benda dan anak pinak semua akan tinggal.
Aku tak dapat bayangkan bagaimana klo Allah menjemput aku sekrang. Macamana nak jawab soalan mungkar dan nangkir. Bagaimana rasanya di dalam kubur? Bagaimana nak menghadapi siksaan kubur? Bolehkah kita terlepas dari siksa kubur?
Kalau nak kira amalan memang tak cukup. Solat wajib pun ala kadar. Kadang-kadang dihujung waktu. Solat sunat boleh kira. Sedekah jarang-jarang sekali. Zikir pun kadang-kadang bila rajin. Tapi banyak yang tak rajin. huhuhu Layak ke nak masuk syurga. CUma mengharapkan belas ihsan dan kasih sayang serta rahmat Allah untuk membawa kita ke syurgaNya. Amin.
Kadang-kadang yang menakutkan kita bila dosa melebih pahala. Takut-takut walau sebanyak mana pun pahala kita buat, tapi akhirnya hilang sebab dosa mengumpat, menghina orang atau buka aib orang. Nauzubillah.
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
- Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
- Membaca al-Quran sehingga menitis air mata.
- Memandang wajah ibu yang sedar tidur atau sedar sehingga berlinang air mata.
Adakah kita ada salah satu ciri di atas? Kalau tak de...musahabah la diri...
No comments:
Post a Comment