Thursday, January 08, 2015

Apa sumbangan kita untuk agama


Pagi ni ada orang share di fb mengenai kisah seorang budak kecil yang menyusun kasut di sebuah masjid. Nampak macam usaha yang kecil tapi kebaikan dan ganjarannya amat besar di sisi Allah. 

Untuk masuk syurga Allah, syarat utama adalah mendapat rahmat Allah. Bukan amal kita kerana amal kita tak cukup untuk bawa kita ke syurga. Sebab itu jangan remehkan kebaikan-kebaikan kecil kerana mungkin ia adalah salah satu sebab atau punca kita mendapat rahmat Allah dah menjadi sebab & asbab kita masuk syurga. 

Ada orang yang masuk syurga kerana memberi minum pada seekor anjing.

Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "
[Shahih al-Bukhari – no:3467]

Dan disebabkan kesalahan atau dosa yang kita anggap remeh juga boleh menyebabkan kita masuk neraka. Nauzubillah

Rasulullah S.A.W. bersabda, ''Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah."
[Shahih al-Bukhari – no:3318]

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...