RON 95 Naik 20 Sen

Assalamua'laikum wbt

RON 95 naik 20 sen

Semalam banyak berita yang hot. Antaranya Pelajar sekolah meninggal dunia sebab jatuh syiling. Dan   yang makin hangat sampai ke pagi ni harga minyak naik 20sen. RON 95 naik 20 Sen.Harga RON 95 dan diesel naik lagi sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam tadi. Dengan kenaikan ini harga baru adalah RM2.30 manakala diesel, menjadi RM2.20.

Mungkin bagi sesetengah orang, apa lah sangat dengan 20 sen tu. Baju mahal boleh beli. Tudung harga 200 ke 300 boleh. Takkan 20sen pun nak bising. Tapi fikirkan bagi makcik -makcik & pakcik-pakcik yang duduk dikampung nun. Yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bila minyak naik, in sya Allah dan dijamin 100& tanpa was-was harga barang semua akan naik. Bila harga barang dah naik, harga makanan kat kedai bertambah-tambah dan berlipat kali ganda naik. Kalau dulu (4 tahun lepas)  harga barang di pasaraya satu troli lebih kurang RM 100 lbh. Dua minggu lepas, g pasaraya, satu troli lebih kurang Rm300 lebih. Lepas ni bersedialah kemungkinan harga boleh cecah RM 600



Ron95 naik


Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang diperbuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. 
Allah SWT berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung" (HR Tirmizi)

Comments

  1. minyak naik yg dah kerja n berkeluarga mmg terasa sangat la..yg masih bawah jagaan parents diaorang tak faham sangat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

resipi Daging Black Pepper

Resepi Kek Coklat Moist Anis