Assalamua'laikum wbt
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."
(Surah an-Nisa': 78)
Hari ini kita didedah dengan satu berita kematian seorang remaja sekolah yang jatuh dari dewan Sekolah Syed Alwi setinggi 30 meter. Akibatnya, ada dikalangan pembaca yang menuduh remaja tersebut nakal dan suka ponteng kelas tanpa mengetahui status sebenar. Menerusi fanpage Sukan Star, ramai pembaca memberikan komen atau punca kematian remaja malang tersebut.
Antaranya ialah dari seorang pengguna yang menggunakan nama Mawaddah Zainuddin mendakwa, remaja tersebut dan beberapa rakannya sebenarnya mahu mengambil bola takraw yang tersangkut disiling dewan.Bagaimanapun, satu lagi komen pembaca Syazwan Aiman mengatakan remaja tersebut sebenarnya menjadi mangsa buli rakannya. Beliau dikatakan mahu mengambil bekas pensil yang diletak diatas syiling itu. Remaja tersebut juga dikatakan dari kalangan keluarga susah dan anak yatim. Menurut info, semasa jatuh, allahyarham masih lagi memegang erat bekas pensilnya itu.
Marilah kita semua sama-sama menghadiahkan surah Al Fatihah buat allahyarham Muhammad Hakimi bin Zulkifli semoga beliau ditempatkan diklangan muslimin yang beriman dan beramal soleh. Kematian kita sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Berdoa pada Allah semoga kita mati dalam Husnul Khotimah.
Sumber : http://kezoom.blogspot.com/2014/10/punca-sebenar-kematian-remaja-jatuh.html#.VCy_CuRTCCl
Alfatihah buat mangsa. Segalanya dah ditentukan..
ReplyDeleteAl fatihah buat adik hakimi. Sedih dgr kisah ni.
ReplyDeletesedih bc kisah nie..mmg gurauan yg melampau..
ReplyDeleteKite asyik cakap yg bkn-bkn pasal die. Rupenye kita silap. Harap anda tidak berkata yg tidak baik pasal die.
ReplyDeleteantara benar atau tidak hanya mereka2 ja tahu dan Dia.. kita selalu buat keputusan atau cakap2 belakang tanpa usul periksa.,dah jd fitnah,jadi bersangka baik cuma la. al-fatihah
ReplyDelete