Assalamua'laikum wbt
Sekarang kat laman-laman sosial specially kat facebook, hangat orang share pasal Google Street View. Di mana, yang best dan menariknya pasal Google Street View ni, ia akan memaparkan imej yang real yang boleh dilihat oleh mata kasar kita. Kalau search alamat rumah kita, Google Street View ni akan tunjuk jalan ke rumah dan seterusnya rumah kita sebijik sebijik. Anda siap boleh tengok ampaian rumah, kereta, pokok-pokok bunga dan seangkatan dengannya. Kalau ada penghuni rumah yang tengah merokok pun boleh nampak.
Sedikit informasi mengenai Google Street View.
Google Street View atau dalam bahasa melayunya Google Paparan Jalan adalah teknologi yang terdapat di dalam Peta Google dan Google Earth. Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna berjalan di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya. Sambil berjalan sambil menikmati keindahan alam (berjalan di situasi sebenar) iaitu pengguna boleh tengok segala makhluk Allah yang ada disepanjang jalan secara realiti. Tetapi imej tersebut merupakan imej yang diambil mungkin beberapa bulan sebelum ni. Bukan imej sekarang.
Google Street View telah dilancarkan pada tahun 2007 di beberapa bandar di Amerika Syarikat. Kemudian telah diperluaskan untuk meliputi bandar-bandar dan kawasan luar bandar di seluruh dunia.
Di Asia, Google Street View boleh didapati di Kemboja, Hong Kong, India, Indonesia, Israel, Jepun, Macau, Malaysia, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand. Ia juga boleh didapati untuk pilih beberapa tarikan pelancong di Republik Rakyat China.
Hasil koloborasi bersama antara Google dan Tourism Malaysia ini mengambil masa selama 13 bulan untuk mengambil semua gambar jalan di Semenanjung Malaysia dan mula dipaparkan kepada umum pada 26 September lepas. Perkara ini diumumkan oleh Google di Wikipedia Google Street View.
Bagi sesiapa yang ingin mencuba, boleh layari www.instantstreetview.com dan masukkan alamat atau nama kampung yang anda kehendaki.
So, kalau ada sesiapa yang dah lama tak balik kampung, boleh melepaskan rindu dengan 'menjenguk' kampung anda melalui Google Street View. Mana tau kot-kot ternampak wajah-wajah kesayangan tuan hamba.
http://www.instantstreetview.com/
Muka hadapan Instant Google Street View
Masjid Nabawi. Jelas dalam masjid
Search alamat rumah di Taman Bahau. Memang jelas nampak rumah dan segala yang ada dekat rumah tu.
Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda;
"Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab "Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya "Apakah 'wahan' itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "Cinta dunia dan takut mati" (HR Abu Daud)
tu la..,aplikasi ni ada baik dan buruknya kan kak.. huhu..bahaya juga kot2 ada yg guna utk tujuan tak baik.
ReplyDeleteincase kita google la,ada peluang ke nak tgk benda yg pelik2.ahhaha
Nice sharing... But ramai x puas hati...
ReplyDeleteSeram gak aplikasi ni. Rumah kita seperti diperhatikan. Ada baik dan buruknya. Pendapat saya :)
ReplyDelete