Thursday, September 11, 2014

Kertas Sains UPSR 2014 Bocor!

Assalamualaikum Wbt

bocor
Minggu ni berlangsungnya Peksa UPSR. Dan semalam kecoh Kertas Sains UPSR 2014 Bocor! Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan telah pun mengumumkan bahawa kertas Sains 018, 028, 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan hari ni didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).Dalam satu kenyataannya di sini hari ini, lembaga itu memberitahu, sehubungan itu peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan pada 30 September.

Ha..kesian budak-budak yang bertungkus lumus belajar siang malam. Pergi kelas pagi sampai petang. Malah malam pun ada. Last-last exam di tangguhkan. Takpe think positif..."korang ada masa lagi tuk study sains. So boleh score A". Aku dulu time nak ambik exam UPSR tak pernah study pun. Siap sehari sebelum exam gi main dari pagi sampai petang. Tuisyen pun tak penah pegi. Kalau pegi pun kelas tambahan yang cikgu sekolah buat. free of charge! tu pun seminggu sekali jerk. Cikgu dulu tak tekankan sangat pun pasal exam( hah..salahkan cikgu..ampun ye cikgu). Yang aku tau esoknya aku g sekolah, aku peliks napa bilik darjah aku dah berubah jadi dewan, pastu meja sorang-sorang. Rupa-rupanya haritu adalah exam UPSR. Hah... sengalnya time tu. Masuk exam relaks je..tanpa ada sedikit pun debaran. Tak macam budak skrang, time nak exam siap jampi serapah bagai.

Dan time result UPSR keluar, macam biasa la...mak ayah yang paling excited. Habis satu kampung dicanang-canang " anak den dapek 5A, anak kau ado"... Kalau boleh nak wat spanduk. Oh..betapa happynya mak ayah. Anak dia pun bangga tahap tingkatan lima. 

Tapi masa zaman aku dulu, aku tak taupun result kuar. Hehehe. Siap balik rumah, ayah tanya " bape result UPSR" 
Aku dengan selamba tanpa rasa bersalah jawab " Dah kuaq ka ? Tak tau pun"... Aku tak pegi amek pun result UPSR. Memang hampeh tul time tu. Esoknya baru g amek lepas kena basuh ngn mak ayah. Tapi syukur alhamdulillah, kesengalan aku tahap upsr je. Pastu aku berubah dan akhirnya berjaya jugak jadi wanita berkerjaya =) 


peperiksaan

Akhir kata, firman Allah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.


1 comment:

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...