Assalamualaikum
Hai semua...cabaran yang ke 22. Kejap je masa berlalu. Dah nak tamat pun cabaran ni. Hanya tinggal 8 hari je lagi. Harap-harap dapat bertahan sehingga cabaran ke 30 =). Cabaran ke 22 adalah Destinasi percutian impian. Sebenarnya kalau diikutkan banyak percutian impian yang sentiasa aku impikan antaranya naik cruise, bercuti di bali, istanbul dan macam-macam lagi. Tapi satu yang betul-betul nak sesangat... iaitu...
Percutian ke Makkah
Alhamdulillah sesangat kalau ada yang nak sponsor pakej percutian ke Makkah. Tambahan lagi dapat duduk di hotel Menara Jam yang betul-betul depan Masjidil Haram. First time menjejak kaki kat mekah last year 2013. Suasana kat Mekah memang sangat berbeza dengan mana-mana tempat lain. Jiwa & hati sangat berbeza. Susah nak describe. Cuma orang yang pernah sampai kat citu je boleh rasa. Allahuakbar. Hati langsung tak ingat pape hal dunia. Kat sana, pakai tudung saiz XL pun rasa kecik sangat. Walhal kat Malaysia, pakai tudung saiz M pun dah rasa besar.
Di Mekah, ketika azan berkumandang semua orang akan bergegas pergi solat berjemaah di Masjidil Haram. Segala jenis pekerjaan akan ditinggalkan. Closed. Imagine, peniaga-peniaga akan tinggalkan kedai-kedai diorng macam tu je. Tak tak tutup kedai dan tak kunci pun. Kalau kita kat Malaysia, mesti risau & takut. Silap-silap lesap habis barang-barang. Tapi itulah tandanya tawakal kepada Allah. Percaya kuasa Allah mengatasi segalanya. Selesai habis solat, semua orang kembali bekerja macam biasa.
Lagi satu, kebanyakkan tetamu Allah di Mekah akan duduk memandang Kaabah. Nampak peliks kan. Tapi itu adalah sumber pahala free. Ada 3 benda yang apabila kita tengok kita akan dapat pahala iaitu wajah mak kita, kaabah dan lautan biru. Mungkin bagi yang duduk jauh dengan mak, susah nak tengok wajah mak kan. Tapi dunia canggih ni macam-macam boleh. Dari dok layan gambar boyfrenz, baik layan gambar mak & gambar mekah. Dapat jugak pahala free. Allah tambah sayang lagi adalah. Hidup berkat, rezeki melimpah ruah.
No comments:
Post a Comment