Assalamua'laikum & Salam hari Rabu
Pekerjaan yang aku inginkan selain kerja aku sekarang!
Pekerjaan yang pernah aku cita-citakan masa aku kecik dulu. Iaitu ingin menjadi seorang doktor. Cita-cita yang sangat tulus, suci & murni. Tapi sayang hanya tinggal impian. Heheh Mungkin sebab kurang kepandaian kot. =)
Tapi kerjaya seorang doktor memang sangat mulia. Bekerja tanpa mengira masa, pangkat, darjat, harta mahupun keturunan. Yang pasti pahala orang yang menjawat jawatan sebagai doktor ni adalah pahala yang berterusan. Sangat impressed dengan seorang doktor wanita yang berjaya. Dah la pandai, wajah cantik, sangat solehah pulak tu pastu baik sesangat. Omei angat. Hanya Allah yang boleh membalas kebaikan doktor macam ni.
Imagine kalau kita jadi doktor. Kena cuci luka orang, nak-nak orang yang ada kencing manis tahap kritikal. Kau sanggup? Belum sempat cuci dah pengsan!
"Ya Allah, rasanya sudah tidak ada apa lagi yang aku mahu kejarkan di dunia ini, jadi, panggillah aku kembali kepadaMu. Jika Engkau mahu memanjangkan umurku, berilah aku rezeki yang baik dan jalan untuk memperbaiki amalanku dan jalan untuk berbakti kepada manusia."
No comments:
Post a Comment