irdina dah masuk 3 bulan.Alhamdulillah membesar bagai johan. Dan dah 3 bln jugak aku lepas dioperate. Bersalin czer. Bersalin czer ni agak berbeza dengan bersalin normal. Masa ilham dlu aku bersalin normal. Tapi kali ni aku bersalin czer. Mungkin dah tertulis aku akan bersalin czer. Redha ngn takdir Ilahi.
Bersalin czer ni agak susah cket nak jaga berbanding bersalin normal.Memang masa melahirkan tak rasa sakit tapi selepas bersalin,macam-macam nak kena jaga. Kalau bersalin normal, lepas pantang 44 hari luka dah baik. Tak der rasa sakit paper dah. Tapi bila bersalin czer ni,even dh 3 bln, aku masih rasa sakit dalam perut kalau buat kerja berat sikit.
15 Jun 2014 aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel bernama Nur Irdina. Aku warded 14 jun lagi. Memang doktor dah sarankan untuk aku bersalin czer sbb baby besar.Huhu... Terus terang aku mmg sangat takutdibedah. Petang 14 jun tu, husband hantar aku ke hospital teluk intan. Sepanjang malam tu aku takut tapi aku kuatkan semangat. Aku berdoa sepanjang masa. Moga Allah permudahkan urusan ku.
Esok pagi-pagi lagi aku dh ditolak masuk bilik bedah. Ketar seluruh badan. Aku rasa dalam 10 minit, baby dah kuar. Huhh memang besar 3.9kg. Lepas bersalin,aku ditolak ke wad. Ok lepas bersalin, aku tidk dibenarkan makan dan minum selama 6 jam, tidak dibenarkan bangun langsung dan angkat kepala. Dalam tempoh 6 jam tu, aku tidur tidak berbantal. Memang aku patuh. Setiap jam misi dan doktor datang tanya sama ada aku ada rasa pening atau tak. Alhamdulillah aku ok.
Selepas 6 jam,misi datang suh cuba bangun. Ya Allah peritnya nak bangun. sakit sangat2.Allah je tau. Akhirnya aku x bangun pun. Batuk ngn bersin pun kena tahan. Huhuh Pagi esoknya misi suh try berjalan. Katanya takut ada darah beku. SO, aku try la bangun. Nak pijak lantai pun x boleh. sakit sangat. huhu baru rasa seksanya dibedah. Seblum ni dengar cerita orang je. Dan sepanjang di hospital 3 ari mmg aku tak mandi, just lapkan badan. Makan nasi pun nasi bubur. Sebab perut belum ok.
Esoknya, irdina kena diterpaksa di tahan di wad lain sebab ada jaundis. And doktor kata kalau tinggi aku masih tak boleh kuar wad. Aku memang tak sabar nak kuar wad sebab kesian sangat kat ilham n abang. Abang terpaksa berulang pagi petang tengok aku kt hospital.Ilham plak taknak berpisah ngn abg. Sian ilham. Rindu sgt kt ilham time tu. Memang time tu tawakal pada Allah.Doa byk2 dalam hati agar kuning irdina turun dan aku boleh kuar wad. Memang setiap masa aku berzikir mohon pertolongan Allah. Ya Allah, memang betul,bila kita mohon pada Allah, Allah tlg kita.
Petangnya, kuning irdina memang turun. Alhamdulillah, aku dan irdina dibenarkan kuar wad. terima kasih Allah...
No comments:
Post a Comment