Masa berpantang aritu aku berjaya turun 20kg. Banyakkan.Alhamdulillah.Walaupun aku bersalin secara pembedahan, tapi aku berjaya turun berat 20kg. Disebabkan bersalin czer, aku tak dapat bertungku macam bersalin biasa.Jadi aku terpaksa betul-betul jaga pemakanan. Ye la,takkan la lepas pantang, badan sama saiz dengan sebelum bersalin.
Jadi aku nak share pengalaman aku berpantang selepas bersalin pembedahan..
1. Berurut
Masa dalam pantang, aku berurut dengan bidan. Tapi tak urut sangat diperut. Hanya di kaki dan tangan serta atas perut. Tempat pembedahan langsung tak disentuh.Jadi dapat la kendurkan sikit urat-urat yang tegang.
2. Bengkung
Aku memang langsung tidak berbengkung sepanjang dalam pantang. Memang ada yg cakap boleh pakai bengkung.Tapi aku ni jenis penakut. Serit nak masuk hospital and nak tanggung sakit. So aku memang tak pakai bengkung. Mungkin ada yang kata takut perut buncit tak hilang... aku amalkan petua mak aku. Alhamdullah memang perut kempis. iaitu minum air sejam selepas makan dan jangan makan disulami air. Lagi satu jangan sentuh ais langsung.Mnum air suam-suam panas.
3. Minum air sejam selepas makan.
Memang AIR sejam selepas makan dan jangan makan disulami air. Heheh memang berkesan beb.Tapi hasilnya nampak selepas sebulan.Bukan buat hari ni..esok terus nampak.
4. Minum air suam panas.
Minum hanya air suam panas. Jangan sentuh ais langsung.
5. Pemakanan
Sepanjang dlmpantang saya hanya makan nasi 2 kali sehari. Pagi saya sarapan roti dan air milo. Tengahari dan malam baru sy mkn nasi. Setiap kali makan, aku hanya ambil 1 senduk nasi sahaja. Memang rasa susah mula2.. sebab biasa makan bersenduk-senduk...tapi demi ramping n cantik... aku kuatkan semangat.
6. Sepanjang tempoh berpantang, tiap kali mandi aku akan tutup tempat bedah dengan plastik. Ini untuk elakkan dari terkena air. Jika tempat luka basah,kena cepat-cepat keringkan. Aku selalu biarkan tempat luka terdedah pada udara sbb untuk elak ia bepeluh. Sebab bila berpeluh akan menyebabkan jangkitan kuman. Bahaya. Lepas pantang 44 hari baru aku mandi tanpa berlapik plastik. Alhamdulillah luka luar memang cepat kering. Even aku mandi lapik plastik,tp tiap kali lepas mandi aku akan keringkan tempat bedah dengan hair dryer takut lembap.
7. Set bersalin..
Sepanjang berpantang, aku amalkan set bersalin shaklee dan Gamat healin. Dengan shaklee badan kita cergas dan tak letih. Gamat healin untuk luka dalaman. Even now dah 3 bulan, aku mash amek shaklee dan pati ikan haruan.
8. Jangan angkat berat
Masa aku nak kuar dari hospital, misi dan doktor memang pesan sgt2 supaya tak angkat berat langsung sampai 6 bulan. pergh lama tu. Dan memang aku sangat jaga....and so far alhamdulillah mmg x angkat berat kecuali irdina.
Perkongsian yang sangat bermanfaat.
ReplyDeleteTips Luka Czer Cepat Sembuh
Nak tnya, sis mandi biasa nya pki jerang air dulu ke atau mandi je mcm biasa. Mandi air shower dlm bilik air tuu? Sy pun czer tp berpantang sndri
ReplyDelete