RESIPI BUAH MELAKA

Resipi untuk minum petang ni ialah BUAH MELAKA. Walaupun kuih traditional tapi sangat sedap. Teringat masa kecik-kecik mak selalu buat. Dan hobi aku time tuh adalah berebut ngn adik beradik. Hehehe Rupanya-rupanya nak buat buah melaka ni senang bangat seh. Pejam mata confirm takleh wat !!!


Resipi buah Melaka

Bahan-bahan
1 cawan Tepung pulut
Gula Melaka yang dipotong kecik-kecik
Air
Garam
Pewarna Hijau atau air Pandan
Kelapa Parut dan digaul dengan sedikit garam


Cara-cara
1. Gaulkan tepung dengan air yg telah dicampur dengan sedikit garam. 
2. Uli sehingga tepung boleh dibentuk bulat-bulat.


3. Bentukkan tepung dalam bulat-bulat kecil dan masukkan gula melaka yg telah dipotong di dalamnya sebagai inti. 


4. Dalam bekas lain, masak air sehingga mendidih dan masukkan pewarna hijau dan biarkan hingga sebati.
5. Kemudian masukkan buah melaka yang dah siap tadi ke dalam air mendidih.


6. Apabila  Buah melaka dah masak, ia akan timbul. So, apabila dah timbul boleh angkat dan golekkan dalam kelapa parut.

Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

resipi Daging Black Pepper

Resepi Kek Coklat Moist Anis