RESIPI BIHUN GORENG

Untuk pagi ahad yang ceria ni, aku masak satu resipi breakfast yang agak special dari ari biasa...heheh specelnya sbb if weekdays..just bekfast makan roti or nasi. heheh...cuma ujung minggu je dapat makan & masak best-best cket. klo ikut perut sendrik ok je makan ala kadar. Tapi bile ingat perut yang lagi sorang, sian lak. Takkan ari-ari mkan menda yg sama. Time ujung minggu la nak mkn best cket. So, best tak best sangat la...BIHUN GORENG..heheh ;)




RESIPI BIHUN GORENG (2 org)


BAHAN-BAHAN


1/2 bungkus bihun
1 ketul ayam yang telah dipotong kecil
1 pokok sawi yang dipotong
3 sudu cili yang telah diblend bersama bawang holland
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap
2 ulas bawnag putih yang telah diketuk
2 biji telur original ek bukan tiruan
1/2 ketul kiub pati ayam (jika suka)


CARA-CARA


1. tUMIS bawang putih dalam minyak yang panas sehinga kuning-kekuningan dan berbau wangi
2. Masukkan cili yang telah diblend dan kacau sehingga agak-agak masak
3. Masukkan ayam dan kacau hingga sebati dan biar seketika
4. Masukkan segala sos yang ada. Kuanttiti sos sebenarnya bergantung pd kesukaan masing-masing
5. Masukkan kiub pati ayam dan kacau lg
6. Masukkan gula dan garam. dan kacau hingga sebati
7. masukkan bihun. dan kacau hingga sebati
8. Masukkan sayur. dan kacau
9. Kais bihun ke tepi dan masukkan telur. Apabila telur dah hampir msk, gaul rata dengan bihun...
10. Bila dah masak boleh angkat untuk di ngap


Selamat makan ;)

Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

resipi Daging Black Pepper

Resepi Kek Coklat Moist Anis