RESIPI KUETIAW GORENG SIMPLE

Pagi semlm, pagi sabtu kami breakfast kowtiaw  goreng. Sebenar nya tak tau nak masak per sbb banyak barang yang dah habis. Tiba-tiba bila bukak peti ais terjumpa kuetiaw yang dah tinggal setengah bungkus tu. So, cukup la tuk dua org punya perut. Dan tengok masih ada seketul ayam, udang dua tiga ekor, daging dan sotong. n Kat luar ada pokok kuchai yang mak bagi yang naik dengan semangatnya. So, apa lagi, Kue Tiaw Goreng Satu !


Kuew-teow Goreng

Bahan-bahan

2 ulas bawang putih yang ditumbuk hancur
1/2 bungkus Kuwtiaw
sedikit daun kuchai
1 ketul ayam yang dipotong kecil-kecil
4 ekor udang
4 ekor udang yang telah ditumbuk hancur
1 ekor sotong yang dipotong bulat-bulat
sedikit daging yang telah direbus sehingga empuk. (simpan air rebusan daging)
3 sudu cili kering yang telah diblend bersama sebiji bawang holland
5 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap


cara-cara


1. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk hancur dalam minyak yang sedikit
2. Stelah agak kuning-kekuningan, masukkan cili dan kacau sehingga agak-agak masak
3. Masukkan ayam & daging. Jika agak kering, masukkan air rebusan daging.
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata. 
5. Masukkan udang yang ditumbuk hancur, udang biasa dan sotong. Kacau hingga sebati dan agak-agk masak
6. Masukkan sedikit garam & gula. Jika kering, boleh tambah air rebusan daging. 
7. Masukkan kuetiaw dan kacau hingga rata. Biarkan seminit dua
8. Kaiskan kuetiaw sehingga tebrentuk lubang ditengah-tengah kuali dan masukkan telur .
Bila telur dah sedikit masak, kacau dan gaul dengan kuetiaw.
8.Masukkan kuchai dan kacau hingga rata.


Dah siap. Dan boleh diangkat dan dingap !!!

Comments

  1. wah2...rajin masak lah cik adik ini. bagus2. teruskan usaha terbaik mu :-)

    p/s: untunglah cik abg kamu ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

resipi Daging Black Pepper

Resepi Kek Coklat Moist Anis