Friday, October 30, 2015

Cari masa untuk Allah

assalamua'laikum wbt

Perasan atau tak, masa sekrang cepat sangat berlaku. Sedar-sedar dah jummat. Memang tak terasa sangat masa berlalu. Dan hari-hari kita buzy. Sampai terkeja-kejar. Kalau cikgu, sibuk mengajar. Kalau cikgu dulu-dulu mengajar pagi sampai tengahari je. Cikgu sekarang sampai petang. Balik rumah dah petang. Jam 7.00 dah magrib. Terkejar nak masak, nak mandikan anak, nak mandi kkan diri sendri lagi. Akhirnya solat pun dihujung-hujung waktu. 

Kalau anda seorang suri rumah, pun tetap sibuk. Mengemas, memasak. Jaga anak. Sebenarnya kerja rumah lagi banyak sebab ia kerja yang tak habis-habis. 

Apa saja kerja yang kita lakukan, memang kita sentiasa sibuk. Dan dalam kesibukkan kita, kita tetap kena cari masa untuk ALLAH. Setiap hari kita peruntukkan 8 jam untuk berkhidmat untuk bos, untuk manusia. Tapi berapa jam kita peruntukkan untuk Allah?

Kalau hanya solat 5 waktu sehari semalam, maka boleh dianggarkan masa kita hanya kurang lebih 1 jam. 

Tapi sebagai hamba Allah, kita memang kena cari masa untuk Allah. Walau sesibuk mana pun kita, cari masa untuk sekurang-kurangnya 30 minit lepas solat untuk baca Al-Qur'an dan zikir. Kalau nak tunggu masa lapang baru nak baca Al-Quran, mmg takkan ada masa lapang. Percayalah. Tapi bila kita sibukkan diri dengan Allah, percayalah..kita akan rasa sentiasa lapang. Segala kerja jadi mudah. 

Bila siang, kita selalu target.." malam nanti lah aku baca Al-Quransebab siang aku sibuk nak kerja"...
Tapi bila dah malam, kita sibuk dengan anak, layan suami/isteri, nak mengemas rumah lagi. Last-last tengok jam dan 10 lbh. Badan dah penat. Mata plak ngantuk. Lastly tak baca jugak AL-Qur'an. 

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...

Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia..

.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak 


Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.

 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta. 


Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah 

ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan..

Yang menakutkan kta ialah tatkala sedang sibuk dengan urusan dunia, Allah menjemput kita. Sebab ada ayat dalam Al-QUr'an yang menyatakan, semua manusia yang telah mati akan meminta kepada Allah untuk kembali ke dunia walaupun sesaat, semata-mata untuk beribadah kepada Allah. Oleh itu, sementara kita masih hidup ni, cuba-cubalah banyakkan berzikir, solat, ngaji Qur'an dan berbuat baik. 

2 comments:

  1. hai , ain datang singgah sini dan follow awak.
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  2. awk yg suka tulis blog.. napa dah lama tak update.. update plss..

    ReplyDelete

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...