Assalamua'laikum wbt
Sedih bila ada penganjur yang menganjurkan "Kempen Sentuh Anjing" @ "I want to touch a dog". Yang Paling menyedihkan ramai orang islam yang hadir dan memeriahkan program tersebut. Saya bukan yang arif pasal agama dan ilmu pun tak cukup untuk berkata apatah lagi bersuara. Tapi pada pendapat saya " apa tujuan buat program macam tu?" Apa faedah untuk agama & diri sendiri.
Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan. Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan. Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” (Hadis Riwayat. Muslim, Abu Daud dan Ahmad).
Dalil menunjukkan bahawa anjing dan babi adalah najis berat [Najis Mughallazah]. Oleh itu tidak memadai membasuhnya sebanyak sekali air seperti mana najis-najis yang lain. Bahkan mestilah dibasuh dengan tujuh kali. salah satu basuhannya ialah dengan air tanah. Sebagaimana dalam hadis yang lalu iaitu hadis berkenaan dengan anjing yang menjilat bekas air. Babi diqiaskan kepada anjing (dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing.
Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering.tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak.
Menurut Prof Dr Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Halal wa Haram fi al-Islam, termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan.
Nabi bersabda: "Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan, maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qiroth bagi setiap hari" (Muttafaq 'Alaih)
Pemeliharaan anjing tanpa sebarang keperluan dilarang kerana malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing.
Sabda nabi: "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" (Muttafaq 'alaih).
Daripada Ibn Umar r.a.meriwayatkan bahawa malaikat Jibril as berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sekian lama menanti, Jibril as tidak juga muncul. Lalu Rasulullah saw pun keluar, dan baginda menemui Jibril di luar. Rasulullah mengadu akan kelewatan tibanya.
Jibril menjelaskan dengan berkata: "Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar" (Hadis riwayat al-Bukhari).
Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing". (Hadis Riwayat Muslim).
sumber : http://www.ustazshauqi.com/
So, kesimpulannya banyak lagi perkara-perkara baik yang boleh kita anjurkan selain dari kempen memegang anjing seperti kempen berzikir, kempen mengimarahkan masjid...
Wallahu'alam...
=( semoga kita dan anak2 semua dilindungi dari sebarang agenda tak sihat dan memesongkan
ReplyDeletein sya Allah
ReplyDeleteSemoga kita semua dihindari dari fitnah akhir zaman... ameen..
ReplyDeleteMasyaAllah... macam2 berlaku sekarang kan.. macam tak masuk akal tapi itu lah realiti.. Salam perkenalan :)
ReplyDelete