Assalamualaikum wbt
Selamat hari raya aidiladha utk semua umat islam. Cuti raya yg pendek. 2 hari je dpt balik kg duduk dan tengok raut wajah mak yg makin dimamah usia.
Sedih rasanya kena tinggalkan mak lg. Dh la lama tak balik kg... pastu sekali balik duduk 2 hari jek. Sedih di hati hanya Allah je yg tau. Pas ni bile lg nak dpt tengok wajah mak. Cuma dpt dgr suara je kt phone. Tapi tak sama cam jUmpa depan2.
Hari raya pertama; kul 530pagi aku dh bangun. Sebenarnya 5.30 pagi dah lewat sangat untuk seorang ibu yang mempunyai dua orang anak, seorang suami dan seorang ibu. =) Dalam jadual, byk sgt tentatif yg kena selesaikan.
Perkara pertama yang harus aku buat adalah pam susu untuk irdina. Sebab irdina akan ditinggalkan dengan azirah. So, memang kena ada stok susu. Planning nak bawak mak pergi semayang raya di masjid. Raya pose aritu mak tak pi smyg raya. Sian mak. Ada kisah sebaliknya.kesian mak. Adik aku kata,mlm raya tu mak dah siap pack telekung dalam beg. Baju dh siap iron. Semangat mak berkobar kobar nak pi smyg raya.
Tapi pagi esoknya mak tak jadi pi smyg raya. Sian mak. Zirah kata muka mak sedih sesangat. Muka mak xceria pun pagi raya. Emm pagi tu, zirah tak leh solat. So mmg xleh pi smyg. Aku plak beraya kt kelantan. Kak ani kat rumah mertua die jugak. Mat kt putrajya. Hoo... sian sesangat kt mak. Zirah kata muka mak mmg sangat sedih. Anak ramai xdak di pagi raya. Pastu tak dpt pi smyg raya.
Pagi tuh;aku kelam kabut untuk iron baju aku, husband dan ilham. Pastu dlm masa yg sama... aku tanya mak.. "mak dah iron baju ke". Mak jawab"belum". Mak kata baju mak tak payah seterika pun takpa. Tolong seterika tudung ja. Huhu aku jarang dapat peluang seterika baju mak. Selalu zirah yg murah rezki dapat peluang seterika baju mak. Jadi, aku mintak jugak nak seterika baju raya mak.
Tiba tiba mak kata... " Tak payah iron pun tak pe. Mak xdak baju raya pun. Baju ni dah pakai banyak kali".
Ya Allah sedihnya aku dengar. ALLAH je tau. Kejam nya aku sebagai anak. Sepasang baju baru tuk mak pun aku tak belikan tuk raya haji ni. Huhu...
Last sekali aku mintak baju apa apa je la yg mak nk pakai. Pastu mak hulur sehelai jubah warna hijau yang dah tak berapa baru. Aku ambik dan trus iron.
Mak pegi semayang dengan baju yang aku pernah bagi dulu. Dijahit oleh kakak aku. Masa semayang mak pakai telekung yang adik belikan.
Dulu masa aku dan adik beradik aku masih kecil, kami hanya buat baju kurung baru time nak sambut raya ja. Kiranya setahun sekali je. Tapi mak tak pernah pun pakai baju baru. Anak anak ja beli baju baru dan kasut baru. Mak pakai baju lama dan kasut lama. Kain batik pun lusuh. Apa lah erti raya bagi seorang ibu... yg penting anak anak happy dan gembira.
Dan sekrang kami semua dh besar. Adik aku yg bongsu pun dah 23 tahun. Dah dewasa. Maka dengan itu..umur mak pun dh masuk 64 tahun. Dengan usia mak 24 tahun tuh;kami dh patut gembirakan mak. Bahagiakan mak. Dan sepatutnya... tiap kali raya tak kira la raya hj atau puasa,aku dh boleh bagi baju 3,4 pasang kat mak. Biar mak merasa pakai baju baru tiap kali raya... Baju yg x pernah pakai. Apa la sangat setakat sepasang baju untuk mak. Untuk diri sendri boleh je melaram sampai 3,4 pasang.
Excitednya mak nak pergi sembahyang raya, pukul 7.00 pagi mak dah siap pakai telekung. Duduk kat kerusi meja makan tunggu aku dan husband bersiap. Dan kami pukul 7 pagi tu baru terhegeh-hegeh nak sarapan. Ajak mak sarapan, mak tak nak. Mak dah tak sabar nak pergi sembahyang raya.
Pukul 8 baru gerak ke masjid. Kesian kat mak tunggu lama. Masa sampai kt masjid, dengar tok imam dah suruh rapatkan saf. Dah nak start. Kelam kabut aku dan mak berjalan masuk ke masjid. Mulanya mak berjalan tepi aku.
Tiba-tiba aku terdengar orang panggil aku, " tunggu mak jap"
Bila aku tengok, mak tertinggal kat belakang. Makin perlahan mak jalan. Mak dah makin uzur. Huhu dah lama aku tak jenguk mak. Dah makin uzur mak. Sedihnya. Berjalan pun dah slow.
" Mak sakit lutut, tak boleh jalan cepat".
Alhamdulillah, tahun ni aku dapat solat dengan mak. Selepas solat & khutbah, mak kelam kabut nak keluar masjid. Masa tu orang ramai berpusu-pusu keluar. Aku risau je takut orang tertolak mak.
" Mak..relaks dulu. tunggu orang kuar dulu"
Mak dengan selamba je jawab " takpa...nanti fahmi tunggu lama"..
"Takpa la mak, tunggu jap je.."
Sian mak. Sanggup meredah orang ramai semata mata tak nak anak tunggu lama...
Sampai rumah ja, mak trus makan. Sian mak...Lapar sangat =) Selamat hari Raya Mak. I Love you So Much. Semoga Allah panjangkan umur mak dan makbulkan permintaan mak untuk pergi Mekah.
No comments:
Post a Comment