Monday, September 22, 2014

Wakaf Sejuta Al-Qur'an

Assalamua'laikum wbt

Wakaf Al-Qur'an Sejuta Al-Qur'an

Wakaf adalah ibadah sunnah yang dicontohkan oleh Nabi SAW dan para sahabat beliau. Wakaf memiliki kelebihan dibandingkan ibadah sunnah lainnya, yakni pahala yang mengalir terus menerus sekalipun yang berwakaf (wakif) sudah meninggal dunia. 
Rasulullah SAW bersabda:
"Jika meninggal anak Adam, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal. Shadaqah Jariyah, Ilmu yang bermanfaat, dan anak sholeh yang mendoakan orang tuanya" 
(H.R. Muslim)
Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 merupakan program bersifat kebajikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Yayasan Restu bagi tahun ke-2 sebagai usaha mengumpul dana bagi membiayai penerbitan Al-Quran Wakaf. Mushaf Al-Quran akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukannya baik di Malaysia mahupun dunia khususnya negera minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan.
Ada 4 cara @ mekanisma bagaimana kita hendak mewakaf Al-Quran iaitu:

1. Deposit terus ke bank Islam (M) Sdn BHD (1403-201002-1452)
2. Wakaf tunai ke semua cawangan Yayasan Restu
3. Wakaf melalui CIMB Clicks atau CIMB Clicks Shoppe. 
4. Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Taip Wakaf10 dan hantar ke 33080. (Untuk RM10). 

Dan bagi yang memerlukan borang wakaf, korang boleh download disini : Borang Wakaf. Semuanya dihujung jari. Cuma klik je. Sambil berinternet sambil mengumpul pahala. Tiada syarat untuk mewakaf, yang penting ikhlas. Tak kesah berapa RM. 


Hayati video Wakaf Al-Qur'an


“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah) sesiapa yang  melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya. (Kalau tidak) ia pada saat itu akan merayu dengan berkata " Wahai tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau melambatkan (kedatangan ajal mautku) ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula menjadi orang-orang yang salih. Dan (Ingatlah!) Allah tidak akan sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, Dan Allah amat mendalam pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan".  (Al-Munafiqun : 9-11)

Sumber : http://new.restu-art.com

Jika tidak mampu bersedekah, share lah maklumat ini. Mudah-mudahan ia menjadi sumber pahala untuk kita. Amin

2 comments:

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...