Assalamua'laikum wbt
Di kala minum petang dengan kawan-kawan ofis, kadang-kadang kita sesenang dan sesemudah tercerita pasal orang lain. Niat hati cuma nak bercerita. Tapi sebenarnya kita dh termengumpat si kawan kita tu. Kadang-kadang, kita tecakap benda yang tak betul..
M : " Eh kau tau tak si alia tu cuti semalam"
A : "A'ah, tau..tau.. aku dengar dia g bercuti kat Jepun"
M :" Hahh (dengan nada terkejut dan mulut terlopong)... banyaknye duit die..mana die dapat duit"
A: "Ntah...aku pun tak tau"
Si A cuma bagitau informasi yang die belum tau kesahihannya. Manakala si M mendengar dan mula mencurigai. So, si A dan si M dua-dua dapat dosa mengumpat. Kemudian si M pula menjaja cerita pada org lain, pasal si Alia g bercuti. Huhh bermulalah hikayat dongeng sang-sang pengumpat. Tapi bila disoal selidik, rupa-rupanya maklumat yang disampai si A salah. Alia bukan pergi bercuti tapi cuti sakit. Oh... bertambah dosa menfitnah orang. Jadi semua dapat dosa kering. Asal mengumpat..dah jadi fitnah. huhuh
Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: “Apakah itu mengumpat?”
Rasulullah (saw) menjawab: “Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka.”
Selanjutnya Sahabat itu bertanya: “Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?” Rasulullah (saw) menjawab: “Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya.
Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana dosa mengumpat itu lebih besar bahayanya daripada zina. Sesungguhnya seseorang lelaki itu terkadang dia berzina lalu bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang mengumpat itu tidak diampuni baginya sehingga dimaafkan oleh orang yang diumpatnya. (Diriwayatkan oleh Abu Asy-Syeikh dari Jabir r.a.)
Kita rasa dan tengok bila seseorang tu berzina, kita akan terus rasa " jahatnya dia! berdosa!"
Tapi sebenarnya bila kta mengumpat seseorang, dosa kita lebih besar dari berzina. Cuba kira berapa kali dalam sehari kita mengumpat seseorang? Maksudnya dah berapa banyak dosa yang besar dari berzina yg kta dah buat. Nauzubillah
Kawan-kawan yg membaca post ini, maafkan aku andai aku pernah mengumpat kalian ! Maafkan aku dunia akhirat.
Contoh akak tu more to fitnah.
ReplyDeleteSebab si A cerita kisah yang tidak pasti a.k.a tipu, maka jadi fitnah.
betul tak pendapat Tedi ni?
\(^o^)/
Akak rasa betul tedi.. si A dh terbabit dgn fitnah.. sbb cerita tu xconfirm btul atau salah.....
DeleteTp inilah yg slalu jadi kt masyarakat kite kn
penyelesaiannya bersangka baik,elakkan atau tegur kawan2 yg suka bergosip,tukar topik bila dgn dia . dan paling pnting bercakap bila perlu saja. ^^
ReplyDelete