aku dulu bukan budak pandai. masa aku sekolah rendah aku tak pernah dapat no 1. paling terer pun no 15 kot. itupun dah wat aku senyum sampai telinga, kononnya pandai sangat la tu. Tapi dari dulu sampai la ni, tiap kali nak exam aku akan mintak mak doa kan aku. Sebab sume orang tau, doa ibu ni berkat dan makbul. Sebab redha Allah terletak pada redha mak bapak kita. So, kalau mak dan ayah tak redha, camne la kita nak berjaya di dunia yang fana ini.
So, akhirnya dengan berkat doa mak aku, alhamdulillah aku dapat masuk matrik kat somban nun. Jauh diperantauan. Masa nak g sana, aku excited sesangat. Tapi bila dan sampai, nangis-nangis nak berpisah ngn mak. Mak tiada gantinya kat dunia ni.
Sampai matrik pun sama, tiap kali nak exam aku akan kol mak mintak mak doakan tiap kali mak solat.
" Mak doakan cheq ya..doakan cheq berjaya na"
"Ye.. mak doakan anak-anak mak..."
Alhamdulillah berkat doa mak, aku yang tak berapa nak pandai ni berjaya masuk universiti gak. Ha..kat cnilah tempat den menimba ilmu...
2006 aku berjaya graduate dari usm dan membawa pulang segulung ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik dgn kepujian. Memang dari thn akhir, aku berdoa sesangat agar aku dapat keje awal. Kalau boleh aku tak menganggur. Sbb aku nk support mak. Lagi sekali, doa mak la taruhan aku. Hari-hari aku suh mak doa. Huhuh...
Alhamdulillah, bulan 6 2006 aku dapat keje sebagai pensyarah kt ITP. Tempat mencari rezki. Gaji RM1500 tanpa elaun. Bersyukur sesangat. Semua berkat doa mak.
Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Rasullullah s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah s.w.t sukai?”. Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Abdullah bin Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa”. Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasullullah s.a.w menjawab, “Jihad kerana agama Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Jadi sehebat manapun kita, sedasyat mana pun kita, jangan lah lupa dgn mak & ayah kita. Tanpa diorng siapalah kita. Dan tanpa doa mereka, mungkin kita tak berada di sini.
Semoga Allah berkati hidup kita dunia akhirat. AMIN
No comments:
Post a Comment