Thursday, December 05, 2013

3 Asas Penjagaan Wajah

Assalamualaikum wbt... 

Dah lama sangat tak update blog... Macam sibuk tapi sebenarnya bile dah lama tak menulis, memang idea nak menulis dah takde... Kalau nak reka-reka memang tak jadi... ayat pun tak best. Tapi kalau ada idea, memang laju je tangan menaip...

So hari ni saya nak share asas penjagaan muka yang penting. Kalau dulu memang saya tak penting kan pun penjagaan muka. so, muka saya pun biasa2 je... cuma dua, tiga bulan sejak akhir-akhir muka saya makin teruk. Berjerawat dan kusam. Hari-hari husband tegur. So, saya pun google la macam-macam. Wat research sana sni... dan saya start jaga muka

Penjagaan muka bukanlah sebab kita nak cantik, tapi sebab bila kita jaga muka, kulit kita akan bersih dan kita pun syok tengok.

Asas penjagaan muka ada tiga langkah :

1. Pencuci muka.
Pencuci muka sangat penting sebab setelah seharian bekerja, macam-macam habuk dah lekat kat muka. Oleh itu sangat penting untuk kita mencuci muka. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dan yang paling penting sebelum tidur kita wajib mencuci muka untuk menanggalkan segala make up yg ada kt wajah kita.

2. Toner (penyegar)
Selepas sahaja cuci muka, kita kena terus pakai toner. Fungsi toner adalah untuk menutup liang-liang pori yang telah terbuka semasa kita mencuci muka. Lagi satu, toner dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal di muka kita semasa mencuci wajah. 

3. Pelembap.
Selepas mencuci muka, kita kena pakai pelembap. Fungsi pelembap adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau kulit kering, memang sangat perlu pakai pelembap sebab kulit kering akan menyebabkan kita nampak tua dari usia sebenar. 

wajah


No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...