Sudahkah kita menjalankan amanah yang Allah anugerahkan kepada kita. Selalu kita gagal menjalankan amanah yang diberikan Allah. Sume org nampak amanah tu anak, tolong simpan harta orang. Walhal hari-hari dalam hidup kita, kita berdepan dengan amanah. Antara sedar tak sedar jek...
Kerja pun amanah jugak. Tapi amanahkah kita dalam kerja ? Sebab sebahagian besar dari hidup kita, kita buat untuk manusia. Kita bekerja untuk manusia. Walhal dalam setiap apa yang buat sepatutnya kerana Allah SWT. Sebab hari-hari kita sebut “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya".
Tapi emm kita tak faham pun apa yang kita sebut dan tak faham apa yang kita baca. Sedangkan 5 kali sehari kita bc dalam solat. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah kerana Allah SWT. Bukankan setiap kerja atau urusan itu adalah ibadah walaupun urusan kita adalah untuk mencari rezki. Semua tu kalau diniatkan kerana Allah, in sya Allah akan jadi ibadah.
Tapi sekarang dunia dah terbalik. Semua urusan dan kerja ku kerana bos ! kerana manusia! kerana pangkat ! dan kerana APC. Tapi bile ditegur, buatlah kerana Allah, semua orang marah ! " Ala..macam la die tu baik sangat..." itulah hakikat kita ni, orang tegur taknak terima. yang kita tau asyik merungut.. asyik cakap belakang....
Emmm kalau kita bekerja kerana Allah kita tak akan merungut walaupun kita ditikam dari belakang. Takkan ada bunyi-bunyi dari belakang...
" Aku penat-penat buat kerja, tapi dia yang bos nampak".
" Aku yang buat semua, tapi die tak sebut pun depan bos kata aku buat".
" Huhu layak ke die tu dapat APC, kerja tak buat pun... "...
" Baru kerja dua tahun, dah dapat APC! Aku ni dah lama kerja, dah macam-macam aku buat, jadi floor manager la, jadi floor laminate la...macam-macam...tapi tak dapat APC pun... pasni malas dh aku nk involve ngn aktiviti papepun,... ".
Hari-hari itu yg kita rungutkan. Padahal kalau kita buat kerana Allah, kita tak kesah pun bos tak puji kita, kita tak kesah pun kalau tak dapat APC. Sebabnya APC ke, gaji ke..sume dari Allah. Rezki dari Allah. Mungkin ada sebab len nape kita dapat. Mungkin kita ni byk buat dosa maksiat.. atau melawan suami ke...atau kurang bersedekah... fikir dan renungkan...
Hari yg paling hepy setiap bulan bg kte adalah time dapat gaji. Dh berkira mcm-mcm nk beli n bayar. Tapi kadang-kadang tolak hutang, tolak bil..balance tinggal RM 200 je...cukup ke? Nak makan lagi... nak balik kampung lagi... Tapi cuba tengok pay slip... bape gaji kite? RM 2000 atau RM 3000 atau RM 4000... byk kan.Tapi adakah kerja yg kita buat layak untuk dibayar sebanyak tu... atau sebenarnya kalau kira betul-betul dgn hasil kerja kita sebenarnya kita cuma layak dapat 500 je sebulan. So, faham-faham je la yg selebihnya...
"Ustaz Don kata, kalau gaji kita RM2000 tetapi kita bekerja macam gaji RM5000, Allah akan gantikan baki RM3000 tu dalam bentuk rezeki yang lain. Kadang-kadang dalam kelapangan dan keberkatan masa, kesihatan yang baik, kemudahan urusan dan perjalanan, anak-anak yang mendengar kata dan bermacam-macam lagi."
"Kalau orang yang gaji RM5000 tapi kerja macam RM2000 pula macamana?"
"Kalau macam tu, Allah akan minta dia pulangkan RM3000 yang dia tak berhak tu dengan benda-benda lain. Orang macam tu selalu berada dalam kesempitan, rasa macam semuanya tidak cukup, kereta tiba-tiba buat hal, tidak gembira, tidak sihat dan sebagainyalah."
No comments:
Post a Comment