Hikmah solat berjemaah

5 tahun lepas, tiap kali bersolat aku akan berdoa, 'Ya Allah kurniakan aku suami yang boleh menjadi imam kepada solatku".
Alhamdulillah, Allah makbulkan doaku. Terima kasih Allah di atas nikmat dan rahmatMu pada ku. Terima Kasih Allah. Allah kurniakan aku seorang suami yang boleh menjadi imam. Yang paling aku terharu adalah, Allah mengurniakan keluarga mertua yang selalu berjemaah. Seluruh keluarga suami aku solat berjemaah. Kagum. dan sebab tu hubungan diorng sangat rapat! 

Dan bila aku bersama suami, kami cuba jugak untuk solat jemaah. Dan sungguh, banyak hikmahnya solat berjemaah. Bila aku dan suami solat berjemaah, hubungan kami suami isteri sangat mesra, jarang bergaduh. Alhamdulillah. Rasa sayang dan rindu selalu walaupun 24 jam kami bersama. Tiada langsung rasa bosan dan jemu. Hari-hari boleh gurau senda. :D walaupun kerja penat, pastu balik rumah masak lagi tapi semua tu tak terasa. 

Dan aku sangat perasan, bila dah lama kami tak berjemaah di rumah, kadang-kadang salah kecik pun nampak besar. Hal kecil pun nk gaduh. Hubungan rasa hambar. Pernah suatu masa, kami tinggalkan solat berjemaah di rumah. Memang asyik nampak salah masing-masing dan selisih faham memang hampir setiap hari. 

Besar sungguh hikmahnya solat berjemaah, makan bersama-sama. Selagi berkesempatan marilah kita solat berjemaah di rumah. 

Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

resipi Daging Black Pepper

Resepi Kek Coklat Moist Anis