Wednesday, May 08, 2013

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


Di satu sudut didalam Masjid Bahau, terdapat satu frame yang menyenaraikan semua ulama'-ulama' Melayu dari dulu hingga sekarang. Kebanyakkannya telah pun kembali kerahmatullah. Dan salah satu ulama' yang tersenarai di dalam adalah Tok Guru Nik Aziz. Alhamdulillah masih lagi berkesempatan kita berjumpa dgn seorang ulama' yg masih hidup dibumi Allah.

Beliau kini berumur 82 tahun. Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Tok Guru Nik Aziz belajar agama dari Tok Khurasan iaitu salah seorang guru masyhur di Kelantan ketika itu. Kemudian beliau menyambung pengajian di Sekolah agam di Kelantan dan Jertih, Terengganu dengan arwah Tuan Guru Haji Abbas Haji Ahmad di Madrasah Ittifaqiah. Pada tahun 1952, Tok Guru Nik Aziz menyambung pelajaran di Deoband Darul Ulum,India. Dari India, beliau meneruskan pengajian Islam hingga ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Di sana, dia telah mengambil Bahasa Arab dan Undang-undang Islam sebagai subjek utama. Selepas 4 tahun. Tok Guru Nik Aziz boleh bercakap bahasa beberapa asing seperti Bahasa Arab, Bahasa Tamil, Bahasa Urdu dan Bahasa Inggeris.

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. 

Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya. Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. 

Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.






















Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...