Marilah bersedekah walaupun hanya senyuman. Hadiahkanlah sesiapa saja yang kita jumpe sebuah senyuman walaupun org tu hanya makcik cleaner. In sya Allah setiap kali kite tersenyum, kita akan dapat menggembirakan org-org yang kite jumpa.
Dari Anas, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemarahan Tuhan dan mencegah kematian yang buruk .”
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Sungguh aku akan mengeluarkan sedekah , lalu ia berikan sedekah itu di tangan pencuri, kemudian besok paginya mereka memperkatakan peristiwa tersebut : “ Kamu semalam telah memberi sedekah kepada seorang pencuri . Kemudian Nabi bersabda “ Wahai Tuhan, bagi-Mulah segala puji, kerana orang itu telah memberi sedekah kepada pencuri . Ia berkata : “ Sesungguhnya aku akan mengeluarkan sedekah; lalu ia keluarkan sedekahnya, kemudian ia berikan kepada seorang perempuan penzina. Lalu besok paginya mereka memperkatakan kejadian itu. Katanya : “ Engkau semalam memberikan sedekah kepada seorang perempuan zina .” Baginda bersabda : “ Wahai Tuhanku , bagi-Mulah segala puji, kerana sedekah yang diberikan kepada seorang perempuan pezina. Sungguh aku akan bersedekah dengan suatu sedekah, lalu ia keluarkan sedekah, kemudian ia berikan ke tangan seorang berkecukupan. Lalu mereka memperkatakan kejadian itu : “ Engkau semalam telah memberikan sedekah kepada seseorang yang berkecukupan. Lalu baginda bersabda “ Wahai Tuhanku, bagi-Mulah segala puji, kerana orang itu telah memberikan sedekah kepada seorang pencuri, seorang perempuan pezina dan seorang yang berkecukupan. Lalu dikatakan kepadanya : “ Adapun sedekahmu kepada seorang pencuri, maka mudah-mudahan si pencuri itu akan menghentikan dirinya dari perbuatan mencuri. Adapun sedekahmu kepada seorang perempuan pezina, mudah-mudahan dapat mencegah perempuan itu dari perbuatan zina ; sedangkan sedekahmu kepada orang yang berkecukupan , maka mudah-mudahan orang itu mengambil pelajaran dari kejadian itu, sehingga mahu mengeluarkan derma dari harta yang Allah berikan kepadanya .” ( HR Bukhari Muslim , tetapi lafaz ini ada pada sisi Bukhari )
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi )
No comments:
Post a Comment