Hargailah seorang isteri sbb isterilah yang melahirkan anak-anakmu. Sbb isterilah org yang setia menemanimu ketika engkau sihat, bahagia, sakit, susah, senang, duka & lara. Terimalah kekurangan isteri sebagaimana dia menerima kekurangan mu. Hargailah pengorbanan seorang isteri terhadapmu. Sedangkan Rasulullah SAW tak pernah berkasar dengan isteri.
Rasulullah bersabda, “Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku.”
Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata,
“Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”
Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan.
Nabi bersabda, “Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina.”
Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang mulia.
No comments:
Post a Comment