Bulan lepas, APRIL 2013 adalah bulan yang agak mengujikan bagi saya dan husband. Duit melayang macam air. Emm mungkin ada rezki orang lain disebalik rezki yang Allah bagi pada kami. Ujian getir ni, Allah uji lepas kami balik dari umrah. Allah dah permudahkan urusan kami menunaikan Umrah. Allah permudahkan urusan, murahkan rezki kami dan Allah makbulkan doa saya untuk bawa mak ke sana. Terima Kasih Allah.
Dan bulan lepas dan bulan ni, duit macam air. Bermula spek saya baru pakai dua bulan patah bingkai. Memang tak dapat diselamatkan. Huhuhu melayang RM250. Lepas tu saya wat spek baru dengan harga RM167. Em pakai seminggu patah lagi. Huhuhu Lastly sy amek spek ekonomi je RM80. Imagine dalam sebulan je saya ada 3 spek baru.
Satu hari tu saya dan husband nak pergi Kuala Pilah, dalam dok sibuk kami gosip-gosip, PANG!!! Allahuakbar! Husband saya terlanggar monyet. Langsung kami tak perasan monyet melintaas. Allah bayar cash apa yg kami gosip. huhuhu... Bumper dan lampu depan pecah. Huhuhu
Nak lagi best, saya pakai post paid Celcom. Sebulan bil saya normally RM100. Paling tinggi pun RM120. Sebab limit call saya adalah RM100. Dan nak jadi citer, tiba-tiba satu hari tu handset saya kena block. Takleh call out. Emm ni mesti bil sy dah lebih RM100. Saya bukak cimbclick n trus bayar RM120. (agak-agak je) 2,3 hari lepas bayar bil, fon masih tak aktif. Bile check bil, masih ada bil yang tertunggak. Em so nak puaskan hati saya gi celcom center dan check bil. Macam nak nangis tengok bil. Total semua RM 400++. Huhuh
Ya Allah, mesti adalah salah dan silap kat mana-mana. Mungkin kami terlupa bayar zakat. Ye saya rasa memang ada. Mungkin ada org yang meminta-minta tapi kami tak endah. Dalam rezki yang kami dapat hari-hari, ada rezki orang len. atau saya dah kurang bagi duit pada mak dan kurang bantu adik beradik dh. huhuhu
Tapi kita sebagai hamba Allah yang hina kena redha. In Sya Allah setiap yang berlaku ada hikmah. Dan di atas kasih sayang Allah, Allah uji hamba-hambanya. Dan dengan ujian tersebut, Allah menghapuskan dosa-dosa kita. In Sya Allah
Dari Abdullah B Umar katanya:
Bersabda Rasulullah S.A.W :
" Islam itu dibina atas lima perkara, dua kalimah syahadat, menegakkan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan".
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Jabir bin Abdillah r.a.
katanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Setiap orang yang mempunyai kekayaan dan tidak membayar zakatnya nanti di hari kiamat kekayaannya menjadi seekor ular besar yang berbisa. Ular tadi mengikut orang empunya kekayaan itu kemana sahaja dia pergi sedang orang itu melarikan diri daripadanya. Lalu dikatakan kepadanya : Inilah hartamu yang kamu sangat bakhil (mengeluarkan zakat) setelah orang itu mengetahui bahawa dia tidak dapat melarikan dirinya, lalu dimasukkan tangannya ke dalam mulut ular itu. Digigit orang itu seperti unta jantan yang menggigit.
Hadis sahih riwayat Muslim
No comments:
Post a Comment