muzium bersejarah di Kota Mekah
Ini adalah Makam Ibrahim yang mempunyai batu yang ada kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim. Batu itu sekarang ini diikat dengan perak dan diletakkan di dalam sebuah tempat yang diperbuat daripada tembaga berwarna keemasan. Menunaikan solat di sisi Makam Ibrahim adalah suatu yang mempunyai kelebihan yang besar.
Allah berfirman bermaksud : “Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat.” (Surah al-Baqarah, ayat 125)
Ini adalah bekas yang memegang Hajar Aswad iaitu batu hitam yang terletak di Kaa'bah. Hajar Aswad asalnya berwarna putih iaitu lebih putih dari susu tp menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa manusia. Hajar Aswad adalah batu dari syurga.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.
“Nikmatilah (peganglah) ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.
ini adalah pancur Emas yang terletak di atas sisi Kaa'bah di dalam kawasan Hijir Ismail. Dikatakan dibawahnya adalah tempat paling mustajab untuk berdoa.
Ini adalah Al-Qur'an lama yang terdpt di Mekah. Sesungguhnya Al-Qur'an adalah sebaik-baik bacaan.
Daripada Nawwas Bin Sam'an R.a telah berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”.
Ini adalah Kota Madinah yang akan datang. Kota Madinah akan diperbesarkan lagi bagi menampung umat Islam yang ramai.
ini adalah alat yang dibina di telaga air zam-zam. Alat ini dibina untuk mengambil air zam-zam.
No comments:
Post a Comment