.jpg)
BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE
RESEPI ASAL : http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
1 cawan Mazola vege oil (Sy guna minyak jagung)
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih
Cara Penyediaan :
*Panaskan oven pada suhu lebih kurang 180 C untuk membakar secara perlahan.
*Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
*Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
*Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
*Tuangkan ke dalam loyang.
*Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (sy bakar dengan suhu 180 C selama lebih kurang 1 1/2 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
*Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. *Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
*Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK
RUJUKAN : http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm
Bahan-bahan :
Susu segar - lebih kurang 1 cawan
1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
Boleh digunakan.
Aikk, ni pulak paling best?? Mana lagi best sis? Coklat moist ni or yang Anis? Tq
ReplyDelete