Untuk post kali ni, saya nak share tips mendidik anak yang betul yang sy dapat dari blog nie....
http://darwishndarwisya.blogspot.com
Blog ni adalah hak milik lina karim. Iaitu ibu kepda dua orang anak yang bernama ...
Yang membuatkan saya kagum adalah anak-anak nya sudah menghafalkan Al-Quran seusia baru 4 tahun. Anak-anak die di ajar membaca al-quran sejak dari bayi. Dia tak ajar pun baca ABC ke kira nombor 1,2,3. Tapi dengan ajaran Al-Quran tersebut menjadikan anaknya cerdik. Secara automatik ABC kira nombor semua anak die dapat belajar sendri.  tapi zaman sekarang kebanyakkan mak ayah akan dedahkan anak-anak dengan ilmu-ilmu ABC la...mengira la...
  SELITAN DARI BLOG BELIAU
 
Darwisya Adrianna, umur 3 tahun (2009)
Darwisya  Adrianna adalah anak pertama saya. Dilahirkan pada bulan Oktober 2006  di sebuah hospital di Petaling Jaya. Boleh bertutur dalam Bahasa  Inggeris dan juga bahasa Melayu serta sedang belajar Bahasa Arab.  Seorang kanak-kanak yang boleh dikatakan lambat berjalan dan lambat  bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain. Suka menonton TV dan  rancangan kegemaran adalah BARNEY and Friends, dan Dora the Explorer..  Kini umurnya 3 tahun, dia sudah boleh memBACA Quran dan telah mengHAFAL  30 surah alquran (anugerah Sijil Hafazan 30 surah terakhir dari Akademi  Darul Huffaz)
   
     
Darwish Adrian, umur 1 tahun (2009)
Darwish  Adrian adalah anak kedua saya. Seorang anak lelaki yang dilahirkan pada  bulan Mac 2008 di sebuah hospital di Kelang. Dia suka menghisap jari  dan bayi yang sangat mudah dijaga berbanding kakaknya waktu kecil dulu.  Mula belajar huruf hijaiyah berbaris fathah pada umurnya 6 bulan. Bulan  ini (Julai 2009) umurnya 1 tahun 3 bulan dan sudah mengenal kesemua 26  huruf hijaiyah bertanda atas/fathah kecuali huruf 'za' dan 'la'. Sasaran  saya semoga dia boleh membaca alquran lebih awal dari kakaknya dan  dapat menghafal surah lebih banyak dari kakaknya. Saya berdoa semoga dia  dapat menghafal 30 surah terakhir sebelum umurnya mencapai 3 tahun  nanti dengan menggunakan kaedah yang sama. InsyaAllah.
         
Nota 8 July 2009 : Darwisya berumur 2 tahun 7 bulan sudah boleh membaca surah pendek. Sasaran  saya adalah supaya anak saya menghafal sekurang-kurangnya 17 surah pada  umurnya mencapai 3 tahun pada 27 Oktober 2009 nanti.
Nota 21 Ogos 2009 : Alhamdulillah, sudah 17 surah yang di hafal oleh Darwisya setakat hari ini.
Nota 24 December : Alhamdulillah,  sudah 30 surah dalam hafalan dan telah diuji oleh Akademi Darul Huffaz  serta mendapat sijil 'Hafazan 30 Surah Terakhir' Akademi tersebut
  
Nota 27 December :  Darwisya sudah berumur 3 tahun 2 bulan. Selepas ini dia akan meneruskan  membaca Al Quran hingga khatam. Sasaran saya supaya anak saya berkhatam  pada umur 4 tahun. InsyaAllah.
Nota 2 February 2010 :   Darwisya sudah berumur 3 tahun 4 bulan. Saya menukar sasaran daripada  khatam al quran sebelum 4 tahun kepada menghafal surah-surah penting al  Quran. Menghafal dan membaca keduanya sama penting. Tetapi saya ingin  mengoptimakan latihan hafazan yang akan mempengaruhi kekuatan otak pada  jangkamasa panjang pada ketika umur ini. Menurut kajian sains,  perkembangan otak kanak-kanak adalah pada umur 0-5 tahun.
No comments:
Post a Comment