Ayam Masak Paprik


Bahan-bahan

1 ketul ayam yang dipotong kecik-kecik
1/2 batang carrot yang dipotong kecik...(potong la ikut sesedap mata memandang)
2 atau 3 batang kacang panjang @buncis (sy xbubuh sebab xder)
1 biji tomato
2 batang putik jagung yang dihiris secara menyerong
3 biji cili padi (ikut la nak pedas)
3 helai daun limau purut
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu sos black pepper (xnak letak pun xper)
1/2 sudu tepung jagung yang dikacau sebati dalam air

Bahan-bahan untuk menumis 

2 ulas bawang putih yang diketuk
2 batang serai

Langkah-langkah

1. Tumis bawang putih + serai  dalam minyak...kacau sampai agak kuning
2. masukkan ayam...kacau-kacau sehingga agak-agak 3 suku masak..tambahkan sedikit air
3.masukkan segala sos yang ada dan daun limau...kacau hingga agak-agak sebati
4.masukkan carrot, kacang dan putik jagung dan cili api...kacau agak-agak rata
5.bile dah hampir nak masak, masukkan tepung jagung...dan tomato
*** tepung jagung untuk memekatkan kuah, klo xnak letak pun ok...
6. masukkan sedikit garam...
bile semua rasa dah ok...boleh di angkat utk di makan ;)

Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

resipi Daging Black Pepper

Resepi Kek Coklat Moist Anis