Assalamualaikum...
Aku berharap satu hari nanti akan ada orang yang sudi baca coretan di blog aku ni... Mungkin bukan sekrang tapi mungkin selepas aku meninggalkan dunia ini. Bukan ku pinta glemer. tapi aku berharap penulisan yang tak seberapa ni mampu menolong aku di hari kiamat kelak. Aku tak mampu berdakwah secara lisan tapi aku berharap agar Allah mengira penulisan blog ni sebagai satu ibadah yang mengajak umat islam kembali pada Allah. Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud:
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)
Jangan sesekali meremehkan sebarang kebaikan. Buatlah benda baik walaupun kecil. Yang penting istiqamah. Walaupun hanya sekadar senyum dengan sesama umat islam atau sekadar mengutip sampah ditepi jalan. Jangan sesekali buat benda buruk walaupun kecil. Walaupun sekadar berwajah masam dengan orang lain.
Insha Allah.. Moga beroleh pahala walaupun dengan sedikit kebaikan kita buat.
ReplyDelete