Friday, December 12, 2014

Tips Membina Rumah di Syurga

Assalamua'laikum wbt


Sejak akhir akhir ni, ramai orang disekeliling aku bercerita pasal emas. Beli emas, lepas tu simpan. Aset! Kata diorang la. Aku yang jahil ni pun tanya 
"Simpan untuk apa?" 
Lepas tu diorng jawab " Simpan lepas tu bila harga dah naik...jual"...Untung berganda-ganda..
oooo camtu ek... AKu yang tak mampu ni cuma tersengih-sengih je la. 

Beberapa hari sebelum ni, ada beberapa orang berbincang pasal nak beli rumah.  Beli rumah sewa. Sebagai aset. Kalau ikutkan setahu aku, dia dah ada rumah. Tapi sekrang beli lagi. Dah hampir 2,3 biji rumah agaknya. Bukan tu sahaja, tanah pun beli. Simpan sebagai aset untuk masa depan. Kagumnya aku.

Tetiba aku pun rasa susah hati. Aku tak der aset pun nak simpan. Rumah, tanah... semua tak de. Duit simpanan lagi la takde. Huhu... fikir punya fikir..memang rasa susah hati plak. Mana nak cari duit lebih ni. Huhuhu

Pujuk diri sendiri. Hehehe Sebagai manusia memang kita dicipta dengan fitrah nafsu untuk jadi kaya. Nak rumah besar. Selalu impikan rumah besar, kereta besar. Lepas tu duduk goyang kaki, duit masuk setiap bulan. Best angat kan. Tapi realitinya itu bukanlah hakikat sebenar. untuk hidup senang kena berusaha. Tapi bila simpan duit banyak, kereta banyak, rumah banyak...last-last mati awal.... tinggallah semua. Yang jadi bekalan bersama-sama kita yang akan kita bawa masuk dalam liang lahad cuma amalan & kebaikan. 

Jadi, dalam sibuk mengejar kebahagian dunia, jangan lupa bina aset di syurga. Bina rumah banyak-banyak disyurga. Agar hidup kita disana kaya raya. Mudah dan senang. Hati pun tenang. Hanya bermodalkan telekung dan sejadah sahaja. 

Tips/ Teknik bina rumah disyurga. 

1. Solat sunat 12 rakaat setiap hari.h. 

2. Membaca surah Al-Ikhlas 10 kali. 

3. Banyakkan berzikir.

4. Membina masjid. 

5. Mengunjungi orang sakit


No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...