Thursday, October 02, 2014

Bersangka Baik

Assalamua'laikum wbt & selamat pagi

solat

Awal pagi tadi tepat jam 8.00, ada mesyuarat ringkas di ofis. Sementara menunggu pengarah masuk, semua berborak sendiri. Tiba-tiba ada seorang sahabat aku bertanya

" Akak baca tak kisah budak lelaki jatuh syiling kat dewan sekolah"

" haah..ye ke..akak tak baca pun lagi.. bila tu? "(malu plak..nampak sangat tak ikut perkembangan semasa..huhu)

" Semalam la kak... masa baca tu, saya ingat dia panjat syiling sebab nak mencuri..huhuh, rupa-rupanya dia nak pergi ambil pensel case die. Kawan die sorok kat ctu. Berdosanya saya! huhu "

Terkedu jap aku. Aku tengok raut muka sahabat aku tu. Bersih suci. Patutlah sejuk je hati aku tengok dia ni. Mungkin hati dia sejernih wajah dia. Allahuakbar Dah banyak kali aku sentiasa berprasangka buruk pada berita-berita semasa. Tapi tak pernah rasa berdosa atau kesal. Huhu rasa teruknya aku. 

"macamana nak buat ye kak.. dia dah meninggal. Saya rasa bersalah"

Otak aku berputar ligat. Fikir dan trus fikir. Apa aku nak jawab dan nak tolong bg solutions ni. Sekurang-kurangnya walaupun hati aku tak sebersih dia, mungkin aku boleh meringankan rasa bersalah & berdosa dia.

"Takpe lah benda dah jadi. Aie sedekahkan Al-Fatihah untuk dia dan doa semoga Allah tempatkan dia bersama-sama orang yang beriman" 

Aie cuma diam dengar jawapan aku. Itu je la jawapan yang terbaik boleh aku hulurkan.


Manusia termasuk aku la tu, senang meletakkan hukuman dengan hanya mendengar cerita-cerita yang belum kita tahu kesahihannya. Tanpa bukti yang benar & kukuh, terus menghentam. walhal dalam Al-QUr'an dah tertulis.. 

" Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenaranya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan" 
Surah Al-Hujurat Ayat 6


1 comment:

  1. baiknya kawan akak..! sedar lepas buat silap. kita manusia sllu judge membabi buta,yg terselamat,mengucaplah..

    tp itulah kan kak sekarang ni berita yg tersebar org percaya bulat2 lg2 dr laman sosial2 yg ada. Macam2 kita dgr.

    ReplyDelete

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...