Assalamua'laikum wbt
Hari ke 2 Cabaran 30 hari bersama Kelab Blogger
Nak memenangi hati senang je..
1. Jangan berlagak & sombong.
Manusia sombong takde sape yang sukakan. Tapi kadang-kadang kita sendri tak perasan yg kita mungkin ada sifat tu. Sombong @ berlagak tu apabila kita merasa diri kita lebih hebat @ baik dari orang len.
Firman Allah Q.S. Lukman (31) ayat 18
Ertinya: dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
Ingat kisah Iblis laknatullah yang disingkirkan dari syurga kerana sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam kerana iblis mengganggap dirinya lebih mulia.
Ingatkan diri sendiri jangan jadi sombong. Kalau ada makcik-makcik cleaner lalu tepi, rajin-rajinlah senyum. Senyuman tu kan satu sedekah.
2. Jangan ada rasa iri hati @ dengki
Bila masuk bab kengkawan ni, confirm semua orang nak kengkawan yang ikhlas berkawan dengan kita. Kawan-kawan yang irihati @ dengki memang kita dh delete habis-habisan. Sifat dengki macam virus yang mudah merebak dalam hati.
Nak tau kita ada virus dengki@ irihati ialah apabila kita merasa susah hati atau tak gembira apabila tengok orang lain kaya, happy dan banyak duit.
"Goram den, asyik-asyik boli keto baru jo Pak Usop tu" ( tu tanda ada virus dengki la tu).
Pastu kita akan gembira kalau tengok orang lain susah, takdo duit. Cuba cek ngn diri kita kot-kot ada. Kalau tetiba kita hapy tengok kawan-kawan kita kena marah ngn bos..maksudnya adolah virus dengki dalam diri tu. So cepat-cepat la rawat sebelum parah!
Rasulullah juga berperingat dalam hadith yang bermaksud:
“Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering” (riwayat Imam Abu Daud).
3. Belanja makan hari-hari.
Belanja makan in sya Allah, ukhwah dapat, pahala pun dapat.
4. Bagi duit kat aku
Nak senang, hangpa sume bg duit kat aku. In sya Allah aku suka. Tak yah penat-penat keje.
5. Selalu-selalu la bukak blog aku dan bagi support
Sume blogger mesti happy kalau ada kawan-kawan yang selalu support blog. So, bila dah happy dapat la memenangi hati. Tak kenal maka tak cinta.
Tu la serba sikit yg boleh aku buat. Time kasih sbb sudi baca.
wow, belanja hari2...
ReplyDeletesalam perkenalan dari mamamyja. jemput singgah, follow and komen
CABARAN HARI KE-3