ilham dan irdina kesayangan ku.....

Minggu depan aku dh bekerja balik. Dah lama sangat cuti... Rasa berat hati nak kerja. Sebab bila dah masukkerja mcm-mcm kena fikir.Kalau dok rumah, otak hanya fikir anak-anak. Actually minggu ni dh start keje, tapi aku apply cuti lagi 4 hari. 

3 bulan aku bersama ilham dan irdina... totally masa aku 24 hours aku pandang wajah-wajah ahli syurga. Agak berat hati untuk kembali bekerja dan hantar diorng kt rumah pengasuh. Dan 3 bulan tu jugak banyak mengajar aku byk benda. Aku belajar mengenali anak aku. Anak sulong aku Muhammad Ilham. Aku mula mengerti perangai dan sikap anak aku. Ilham berumur 2 tahun 5bulan. Masih lagi kecil dan sangat-sangat perlukan belaian dan masih nak manja-manja dgn aku n papa. 

Masa-masa aku kt hospital time bersalin aritu almost 5 hari jugak aku tak dapat peluk Ilham dan jumpa ilham. Kalau jumpa pun hanya melalui tingkap hospital. Sedihkan. Huhuhu. Tapi alhamdulillah, luka bersalin aku tak der masalah, sodapat la aku kuar hospital cepat cket. Yang penting aku dapat jumpa ilham. 


Masa aku baru kuar hospital dan balik rumah, ilham langsung tak nak berenggang. Baring pun atas peha aku. Nampak sangat die rindukan aku. Cuma keadaan aku masih baru lepas di operate..so tak dapat la nak peluk die lebih-lebih. 

Masa di kampung,ilham tak leh langsung berpisah ngn papa. Setiap minit,setiap saat die nak ngn papa. Jadi aku byk masa ngn irdina. Lagipun time tu aku masih lemah dan mmg perlukan banyak masa rehat. 

Kemudian, mgg depan tuh, llham ikut papabalik bahau. Memang masa ilham nk balik bahau ngn papa...aku sgt sedih.Allah je tau. Takleh nak gambarkan perasaan aku.Seingat aku, aku tak pernah berpisah ngn ilham. Even pernah aku dapat kursus di melakapun... aku sanggup berulang setiap minggu. Emm... first time berpisah ngn llham n papa wat aku sgt sedih.Tapi sekejap je sbb hujung minggu tu ,papa dah bawak ilham balik kampung balik.

Lepas tu,mmg ilham duduk ngn mama terus.Papa lak dok bahau. Mama dah tak berpisah ngn ilham. Dan dari situ,banyak character ilham yang mama perasan. Mula-mula ilham agak susah nak trima irdina. Ilham nak cemburu tiap kali mama nk bg susu kt irdina. Lagi satu,mana-mana ilham nk pergi mesti ajak mama. 

Hujung mgg papa balik tengok mama ngn ilham. Ilham bila jumpa papa langsung tak nak berenggang. Rindu sangat tu. Sedih aku tengok. Dari bukak mata sampai ke nak tdur..ilham asyi berkepit dgn papa.Sampaikan bila papa masuk toilet... ilham tunggu depan pintu toilet. Sedihkan.... sian sangat kt ilham. Tapi nk wat camne.  Dan bila tiba hari ahad yg paling susah sbb papa nk balik bahau. Camne nk wat supaya ilham tak ikut papa. Last-last papa tunggu sampai ilham tdo,baru papa gerak balik. Yang mama sedih sangat tu, bila bangun je mesti ilham akan tanya papa. Dan tiap kali ilham tanya papa, mesti mama akan mengalirkan air mata.Xtau la nape mama rasa tersentuh sangat.Pernah satu malamtu,ilham mengingau panggil papa pastu nangis nak papa. Sedih giler mama time tu.hhuhuh tapi esoknya alhamdulillah ilham dah back to normal.

Masa dok kampung, mama ada irdina, ilham,tok dan ateh. Mama dok rehat je jaga ilham dan irdina. Yg len sume tok dan ateh yg wat. Bila dah lepas pantang, mama ikut papa balik bahau. Papa pulak keje... so keje-keje rumah mama kena wat. Kalau tak ilham nak mkn ape kn. dan sejak dari tu mama dah leh baca character ilham. 

Umur ilham baru 2 thn 5 bulan. So memang tak leh nak expect la yg ilham akan faham mama, tak buat perangai,tak mengada-ngada. Tambah-tambah bila ada adik ni, memang sebagai ibu kite nak anak-anak kite faham. Mana kita nak masak,nak kemas rmh,nak jaga baby lagi. So, anak-anak yg dah besar sokmo jadi bahan or tempat kita marah tiap kali wat salah. kalau anak dh umur 7 thn ke atas mungkin blh kite marah, tapi kalau umur baru 2 thn lbh...ape yg kite harapkan. Sedangkan berak die pun kita yg basuh.. inikan nk harap menda len..memang tak la.... sebab tu Rasulullah SAW kata, didiklah anak-anak  umur 6 thn ke bawah dengan kasih sayang. Tapi kite asyik-asyik nak marah anak. Aku pun sama. Hampir hari-hari marah ilham hinggakan sampai satu tahap aku rasa kemarahan langsung tak membantu tapi belaian yg patut kita bg kt anak-anak. 

Aku rasa semua kanak-kanak yg sebaya ngn ilham,perwatakan diorng lebih kurang je. Watak seorang anak yang baru dapat adik. Mula-mula aku perasan ilham ni, tiap kali aku nk bagi susu kt irdina, dia sedikit cemburu. Masa tu juga die nak minum susu, nak pelukla, nak ajak tengok upin-ipin la. Memula dulu, aku tak layan sangat. Aku lebih tumpukan pada irdina sbb baby kan.nak susu plak tu. Tapi ilham tak faham, tu yg wat aku marah dia. Bila aku marah dia,die lagi protes. Sampai dia kata " a-nak baby" ( Maksudnya taknak baby) . Sampai sekarang pun, kalau aku kurang beri perhatian ngn die ....die akan cakap menda sama. Memang aku perasan sesangat. Memang marah ke..pukul ke... jentik ke... memang tak berkesan. Yang paling berkesan adalah g peluk dia. Cakap elok-elok ngn dia. Aku selalu cakap ngn die " mama tengah bagi susu kat baby, jap g mama wat susu kt ilham". Pastu die akan ok. Tapi pastu memang betul-betul aku g wat susu kat die or teman die tengok upin ipi or layan die main jap. Bukannye kite concentrate kat die 24 jam sampai abaikan baby. Cuma luangkan masa sekejap ngn die. Sbb kadang-kadang kite terlupa bahwa kita ada anak len selain baby baru. 

Ilham ni manja sgt ngn papa. Tiap kali bunyi kereta depan rumah... ilham akan lari ke pintu jerit "appa balik". Kesian kn. Rindu sangat ngn papa. Padahal papa g keje je. Mcm tu jugak aku dlu. Dlu pagi-pagi aku hantar ilham g rumah pengasuh. Kul 6 baru amek. 10 jam ilham dok rumah pengasuh, dari 7.30pg sampai kul 6. Dok ngn mak ayah kejap je, lebih kurang 5 jam je setiap hari sbb dlm kul 11 mesti dh tidor. Itupun kita asyik nk marah anak je..dengan alasan kita penat la. Dlu pun aku selalu rasa nk marah sbbnya pas amek ilham dari rumah pengasuh, mesti nak masak plak. Ilham plak time tu la nk wat perangai.Kacau aku masak la.... Nak dukung la.Dah la kite penat. Dan kite mula la nak marah. Padahal sebenarnya, anak kita rindu sangat ngn kite,mcam ilham. Anak kita nak peluk peluk ngn kita,nak main main ngn kite,nak gurau-gurau ngn kita. Tapi kita tak faham. Macam tu jugak yg aku perasan bila papa balik keje. Ilham akan cari papa.Dok atas riba papa 24 jam. Susu pun nk papa watkan. Dan aku akan jadi sedih bila papa marah ilham walaupun mmg ilham yg salah. Sebab mama tau ilham rindukan papa.

Ilham ni mcm-mcm. Ilham suka sgt tgk upin ipin... payah nk pakai pampers. Klo nk tukar pampers smpi kena marah-marah. Pastu kalau mandi pun bukan main susah. Klo dh mandi xnak naik dh. N pastu tak nak pakai baju. Huhu yg plg xleh ingat klo bab naik moto. Sampai berpuluh kali pusing pun ilham xjemu naik moto. Huhu layankn jek...

Sekarang, aku cuba sebaikknya bahagikan masa antara irdina ngn ilham. Dalam sehari aku baring dan peluk ilham. Gurau ngn ilham. Layan kerenah dia. 

Sebenarnya, waktu anak-anak kecil ni la kite berpeluang nak peluk, nak cium, nak gurau,nak dukung die. Bile dah besar em ntah-ntah nk peluk kita pun malu. Pastu dok jauh...mesti jarang jumpa.... huhuhu... jadi gunalah masa yg ada ni sebaik mungkin... 



 

Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

resipi Daging Black Pepper

Resepi Kek Coklat Moist Anis