Empat perkara yang membawa kebahagian

Semua orang mengharapkan kebahagian di dunia dan diakhirat. Namun, hanya sedikit yang mencari kebahagian hakiki. Dan kebanyakkan kita menganggap kita akan bahagia apabila kita kaya dan banyak duit. Sebab dengan duit kita boleh beli macam-macam, melancong ke mana saja yang kita nak. Namun sedarkah kita, berapa banyak orang kaya yang tidak bahagia? jiwa tak tenang? Anak-anak rosak, isteri tak taat, kawan-kawan semua menipu, dan macam-macam lagi. 

Rasulullah SAW pernah berkata jika kita inginkan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat hendaklah mengamalkan empat perkara. "Ada empat perkara dan sesiapa yang diberikan empat perkara tersebut sesungguhnya telah diberikan kebaikan didunia dan akhirat. Empat perkara tersebut ialah 

  • Lidah yang sentiasa berzikir. 
  • Hati yang sentiasa bersyukur
  • hati yang sabar ketika ditimpa musibah
  • Isteri solehah

Tips melatih diri kita supaya mendapat berkat dan rahmat dari Allah.


  • Biasakan diri kita membaca Bismillahi Rahmanir Rahim sebelum melakukan sesuatu. Seperti sebelum menulis blog, membaca buku dan lain-lain
  • Ucaplah Alhamdulillah sesudah melakukan sesuatu perkara.
  • Bersabar apabila ditimpa kesusahan. Anggaplah semua itu adalah ujian dari Allah. Rajin-rajinlah sebut innalillahiwainnailaihirojiun
  • Sentiasa berzikir kepada Allah

Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

resipi Daging Black Pepper

Resepi Kek Coklat Moist Anis