Skip to main content

Doa Rabitah - Allah sebaik-baik sandaran.


Kalau ada masalah mengadulah pada Allah. Kalau kita terasa hati dengan sesiapa, suami ke kawan-kawan ke, mengadulah pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Kenapa susah payah kita nak mengadu pada orang. Kadang-kadang ada orang yang suka mendengar cerita kita tapi kemudian dia akan menjaja cerita kita pada orang len. Habis semua kisah kita. Satu dunia tahu. Mungkin kita rasa lega bile cerita pada manusia. Tapi Allah adalah sebaik-baik sandaran. Allah yang memegang hati-hati manusia. Hanya Allah yang berkuasa. Kita mengadu pada manusia, manusia takleh wat ape, manusia akan nampak baik buruk kita. Malah silap-silap kita menambah dosa dan masalah yang ada. 

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

Setiap masalah yang kita hadapi, hanyalah ujian kecil dari Allah SWT. Ujian yang menunjukkan cinta dan kasihnya pada kita. Sabarlah dengan ujian tersebut. 

"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat." - [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

Sekiranya kita rasa kita lemah dan tak kuat, bangunlah tunaikan solat tahajud pada setiap malam. Bermunajatlah memohan pertolongan dari Allah. Allah sangat menyukai hamba-hambanya yang memohon padanya. 

Allah berfirman lagi;
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]


Sekadar mengingatkan diri sendri dan kawan-kawan yang menjengah ke blog ni. Marilah kita mengadu pada Allah. Marilah baca doa Rabitah. Doa dari al-Mathurat. 


Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya,
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu,
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

Assalamua'laikum Wbt


Sape kata nak kuruskan badan perlu keluarkan modal ?  Sebenarnya ada cara mudah dan jimat untuk kuruskan badan tanpa keluar sesen pun. Dan semua orang boleh lakukan tanpa mengira darjat,status,bangsa,agama mahupun keturunan. Caranya ialah dengan berjalan kaki... 
Sabtu lepas kat Jempol ada satu program Gegar 10,000 langkah sehari demi kesihatan yang sihat. Ramai sungguh org yg join. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun ramai. Kanak-kanak dan bayi cute dan comei pun ada. Alhamdulillah sume dah ada kesedaran. So, kita ni bila nak sedar..heheh
Untuk ke arah kehidupan yang lebih sihat, kita sepatutnya berjalan 10,000 langkah setiap hari. Hah..jangan terkejut. Banyak memang la banyak! tapi 10,000 langkah ni adalah berjalan sejauh 7 hingga 8 km sehari. Maksudnya ia dikira dari korang bangun tido pukul 6 pagi tu sehingga la sebelum korang masuk tidur semula. So, total semua haruslah 10,000 . "arghh lega rasa, sonang jo tu". Oleh itu kesimpulannya, 10,000 langkah…

NASI TOMATO vs AyAM MaSak MeRah Vs JeLatah

Lunch kat bahau semalam tuk dua orang RM 14.00....
pergh terasa mahal sangat... x berbaloi pun ngn makan nasi n ikan n air kosong...hubby lak amek nasi separuh, ikan ngn hati n air teo ais....tiba-tiba rasa membazir lak makan kat luar....semalam makan kat luar Rm 14...sehari seblum semalam makan kat luar gak RM 13.60...emm...kalo beli ayam sekor dalam RM 13.00 boleh makan tuk seminggu....dan sekor ayam tuh leh belanja kawan-kawan makan kat rumah...setakat  5 , 6 tu lepas la...
Bincang-bincang ngn hubby...lebih elok masak klo xder hal....boleh jimat....n jimat....lagipun kami berdua sentiasa berpoket kosong....jadinya seperti dirancang tghari ni kami akan balik masak...dalam dok fikir nak masak per... tiba-tiba terasa nak makan nasi tomato...fikir-fikir balik...susah gak nak wat nasi tomato niebanyak kejer.....
dalam dok fikir tu...sempat gak belek-belek resipi kat tenetlast2...nk wat nasi tomato gakdh lama x masak special

ni la resipi yang di cedok dari 
 http://periuktanah.blogspot.comres…

resipi Daging Black Pepper

kenyangnyer...huhuhu.....rasa puas sangat dapat makan masakan sendri...
lunch tadi sempat balik n masak dirumah ;)
nasi putih dengan daging masak black pepper ;)


resipi daging Black Pepper (simple)



satu mangkuk daging black pepper ( if nak daging lembut, daging direbus dahulu)then perap dengan sos black pepper n biarkan lebih kurang 5 minit...klo nak sedap perap satu jam
dua sudu sos black pepper
dua sudu sos cili
dua sudu sos tiram
1 sudu kicap
1/2 air rebusan daging
2 ulas bawang putih
1cm halia
1/2 biji bawang besar yang dihirs nipis
2 helai daun leimau purut.
1/2 sudu tepung jagung dan dibancuh bersama 3 sudu air (kacau hingga rata n tidak berketul)


langkah-langkah nyer

1. Masukkan dua sudu minyak ke dalam kuali sehingga panas
2. tumis bawang putih dan sedikit halia ke dalam minyak. Kacau sehingga kekuningan
3. Masukkan daging. dan kacau rata....
4. Masukkan segala jenis sos yang ada dan kacau higga sebati
5. Masukkan air rebusan daging..then kacau2 hingga sebati
6. Masukkan sed…