Sunday, October 21, 2012

Resepi Ayam Percik

Menu untuk lunch hari ni. Ayam percik ngn kari ayam.


ayam percik yg masih tinggal lepas lunch

Bahan-bahan 
6 ketul ayam
1 1/2 cawan santan pekat 
2 biji bawang putih 
1 labu bwg besar 
2 cm halia 
2 batang serai 
1 camca kecil ketumbar 
1/2 camca kecil jintan putih 
1 keping asam keping 
3 sudu cili kering yang telah diblend (jika suka dan inginkn kuah merah)
garam dan gula secukup rasa 

Cara-cara 
1.  Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan dan perap bersama ayam dalam 1/2 jam. Jika tempoh perap lagi lama..makin sedap rasanya.

2.  Gaulkan ayam yang telah diperap bersama santan,asam keping, cili, garam dan gula didalam periuk. Kemudian masak di atas api sehingga ayam 3 suku masak. Sekiranya ingin kuah pekat, boleh tambah tepung beras.
3. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar. Bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan. 

Last skali hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi.

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...