Emm....alhamdulillah, terima kasih Allah kerna telah menghadiahkan Ilham pada kami ....
Alhamdulillah, setakat ni Ilham tak pernah menyusahkan mama....sebab Ilham adalah anugerah yang paling terindah dalam hidup mama...sayang Ilham..Muahhh....
Masa mama nak lahirkan Ilham, mama start sakit kira2 pukul 11 malam. Masa tu mama baru lepas kol rumah. sembang-sembang ngn tok. Mula-mula mama ingat sakit biasa. Tapi papa syak mama akan bersalin...tapi mama masih taknak pergi hospital sebab takde darah atau air ketuban yang trun. Pastu kira2 jam 2 pagi, darah dah start kuar. Lastly papa hanta mama ke hospital. Lama mama bertarung sakit untuk melahirkan Ilham. 17 jam mama dalam wad bersalin menahan sakit untuk melahirkan Ilham. Memang dah tak terdaya. Dan dalam hidup mama tak pernah mama rasa sesakit tu. Itulah sakit yang paling sakit yang pernah mama rasa sepanjang mama hidup..... Hanya Allah je yg tau. ...Dalam hati mama, mama hanya berdoa agar Ilham selamat.
Kira-kira jam 7.40 ptg pas maghrib, mama selamat melahirkan Ilham dengan selamat. Papa tak sempat tengok sebab papa g semyang ngn tok. Kesian tok, datang dari jauh sebab nak teman mama bersalin. TOk dh la sakit lutut. Tu la pengorbanan seorang ibu. Jasa yang takkan pernah kite dapat balas.
Masa mama selamat lahirkan Ilham, Ilham tak menangis. Nurse-nurse ctu semua kelam kabut. Nape anak mama tak menangis? Diorng tepuk2 dada anak mama...tapi anak mama tak menangis. Mama hanya sempat tengok kepala anak mama je...masa doktor letak ilham atas perut mama. Mama rasa lega sgt dapat lahirkan Ilham. Then, nurse bawak Ilham ke tempat lain. Pastu baru mama dengar Ilham menangis kuat. DOktor kata, Ilham lahir pucat and biru. Maybe anak mama dah lemas dalam perut. tapi alhamdulillah, anak mama lahir normal....
Kemudian mama dibawak masa ke bilik wanita. Malam tu mama x dapat tengok Ilham. Ilham ditempatkan di unit rawatan rapi kanak-kanak.
Allah menghadiahkan Ilham sesuatu yang istimewa :
1. Ilham tak menangis masa kuar dari perut mama....
2. Sepanjang 2 bulan mama jaga Ilham, Ilham tak banyak kerenah...
3. Ilham jarang menangis..susah sangat nak menangis...kecuali lapar...tu pun sekejap jer
4. Sepanjang 2 bulan ni..alhamdulillah..anak mama tak pernah demam lagik.... walaupun dah kena cucuk. Terima kasih Allah...
5. Ilham tak kesah walau tidur dalam suasana bising..hehhe
6. Ilham jarang kembung perut...mungkin sbb anak mama kuat kentut n berak...
7. Anak mama kuat bersin.....hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berbakti pada siapa?
berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...
-
Assalamua'laikum Wbt Sape kata nak kuruskan badan perlu keluarkan modal ? Sebenarnya ada cara mudah dan jimat untuk kuruskan...
-
Assalamua'laikum wbt Subhanallah....dah lama tidak berkesempatan nak update blog. Sampaikan bila nak update blog haarini, aku dah d...
-
wAlaupun dah setaun bergelar tukang masak profesional utk perut En Suami, tapi sampai sekrang aku masih belum dapat bezakan antara daun ket...
No comments:
Post a Comment