Skip to main content

SEDEKAH AMAL JARIAH



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.


"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.

" Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.

" Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil.

Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.

"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT.

Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepadaibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. 



Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

Assalamua'laikum Wbt


Sape kata nak kuruskan badan perlu keluarkan modal ?  Sebenarnya ada cara mudah dan jimat untuk kuruskan badan tanpa keluar sesen pun. Dan semua orang boleh lakukan tanpa mengira darjat,status,bangsa,agama mahupun keturunan. Caranya ialah dengan berjalan kaki... 
Sabtu lepas kat Jempol ada satu program Gegar 10,000 langkah sehari demi kesihatan yang sihat. Ramai sungguh org yg join. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun ramai. Kanak-kanak dan bayi cute dan comei pun ada. Alhamdulillah sume dah ada kesedaran. So, kita ni bila nak sedar..heheh
Untuk ke arah kehidupan yang lebih sihat, kita sepatutnya berjalan 10,000 langkah setiap hari. Hah..jangan terkejut. Banyak memang la banyak! tapi 10,000 langkah ni adalah berjalan sejauh 7 hingga 8 km sehari. Maksudnya ia dikira dari korang bangun tido pukul 6 pagi tu sehingga la sebelum korang masuk tidur semula. So, total semua haruslah 10,000 . "arghh lega rasa, sonang jo tu". Oleh itu kesimpulannya, 10,000 langkah…

NASI TOMATO vs AyAM MaSak MeRah Vs JeLatah

Lunch kat bahau semalam tuk dua orang RM 14.00....
pergh terasa mahal sangat... x berbaloi pun ngn makan nasi n ikan n air kosong...hubby lak amek nasi separuh, ikan ngn hati n air teo ais....tiba-tiba rasa membazir lak makan kat luar....semalam makan kat luar Rm 14...sehari seblum semalam makan kat luar gak RM 13.60...emm...kalo beli ayam sekor dalam RM 13.00 boleh makan tuk seminggu....dan sekor ayam tuh leh belanja kawan-kawan makan kat rumah...setakat  5 , 6 tu lepas la...
Bincang-bincang ngn hubby...lebih elok masak klo xder hal....boleh jimat....n jimat....lagipun kami berdua sentiasa berpoket kosong....jadinya seperti dirancang tghari ni kami akan balik masak...dalam dok fikir nak masak per... tiba-tiba terasa nak makan nasi tomato...fikir-fikir balik...susah gak nak wat nasi tomato niebanyak kejer.....
dalam dok fikir tu...sempat gak belek-belek resipi kat tenetlast2...nk wat nasi tomato gakdh lama x masak special

ni la resipi yang di cedok dari 
 http://periuktanah.blogspot.comres…

resipi Daging Black Pepper

kenyangnyer...huhuhu.....rasa puas sangat dapat makan masakan sendri...
lunch tadi sempat balik n masak dirumah ;)
nasi putih dengan daging masak black pepper ;)


resipi daging Black Pepper (simple)



satu mangkuk daging black pepper ( if nak daging lembut, daging direbus dahulu)then perap dengan sos black pepper n biarkan lebih kurang 5 minit...klo nak sedap perap satu jam
dua sudu sos black pepper
dua sudu sos cili
dua sudu sos tiram
1 sudu kicap
1/2 air rebusan daging
2 ulas bawang putih
1cm halia
1/2 biji bawang besar yang dihirs nipis
2 helai daun leimau purut.
1/2 sudu tepung jagung dan dibancuh bersama 3 sudu air (kacau hingga rata n tidak berketul)


langkah-langkah nyer

1. Masukkan dua sudu minyak ke dalam kuali sehingga panas
2. tumis bawang putih dan sedikit halia ke dalam minyak. Kacau sehingga kekuningan
3. Masukkan daging. dan kacau rata....
4. Masukkan segala jenis sos yang ada dan kacau higga sebati
5. Masukkan air rebusan daging..then kacau2 hingga sebati
6. Masukkan sed…