Monday, April 04, 2011

RESDUNG

Assalamua'laikum wbt dan selamat pagi tuk semua umat Islam yang dikasihi semoga hari ni lebih dari semalam....


Semalam saya masa sy sedang rehat-rehat bersantai dirumah tiba-tiba saya mendapat mesej dari kakak ipar saya yang mengatakan dia mengalami resdung yang agak teruk. Dan menyebabkan hidungnya bengkak ! Oh..terkejut saya sbb resdung boleh menyebabkan hidung dia bengkak. Dan sebenarnya saya pun ada resdung tapi mungkin tidak seteruk dia. Dan saya rasa semua orang ada resdung cuma antara teruk atau tidak je. 

Apa itu RESDUNG?

Sebenarnya resdung ni merupakan satu virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit kita... WAHHH Menakutkan, bila dengan ia adalah virus kanser !!! Tapi sokmo kita amek ringan je bab-bab resdung ni kan...
Menurut pakar perubatan, RESDUNG dikenali atau dipanggil sebagai SINUSITUS
RESDUNG merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil SINUS
Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. 

SIMPTON RESDUNG
 sakit kepala
gatal-gatal
rambut gugur
hidung berair
bersin selalu terutama diwaktu pagi atau terhidu habuk
mulut berbau busuk
mata gatal-gatal
penglihatan kabur
telinga gatal
seluruh muka dan hidung gatal apabila makan makanan laut atau ayam
jerawat biasa atau batu
muka berbintik hitam
kahak banyak di kerongkong
gatal pada badan 
hidung berdarah

**AWAS kaLau anda mempunyai tanda-tanda di atas
PUNCA RESDUNG
 Masalah RESDUNG berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan 
tertentu. 

BERIKUT IALAH PETUA MENGHILANG RESDUNG 
(sumber rawatan resdung.net)

PETUA RESDUNG 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Air yang sebaiknya digunakan untuk kaedah ini air mineral yang dicampurkan sesudu garam bukit.

PETUA RESDUNG 2
Kurangkan pengambilan makanan laut seperti udang,sotong,kerang dan juga ketam.

PETUA RESDUNG 3
Basuh muka dengan sabun antiseptik seperti PROTEX 2x sehari untuk membunuh semua bakteria dikawasan muka.

PETUA RESDUNG 4
Kurangkan pengambilan sambal belacan,budu ataupun cincalok.

PETUA RESDUNG 5
Hindari persekitaran yang berhabuk dan juga pastikan rumah ataupun tempat kerja dalam keadaan yang bersih.

PETUA RESDUNG 6
Kerapkan pengambilan buah oren ataupun pil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan antibodi badan.

PETUA RESDUNG 7
Hindari mendapatkan rawatan resdung dengan benda-benda yang kotor seperti lipas tanah dan sebagainya.

PETUA RESDUNG 8
Istiqomah mengamalkan ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat supaya anggota badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit.

PETUA RESDUNG 9

Jangan mengamalkan tabiat memicit jerawat dimuka kerana ia akan menyebarkan lagi banyak bakteria jerawat/resdung dikawasan muka.


No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...