realiti hidup hari ini



Sempena ujung minggu yang sepi lagi romantis ni, so saya dan husband g jejalan cari makan di senawang, N9. So kami singgah makan-makan di KFC Giant Senawang. Kebetulan hari ni befday saya dan seperti biasa la ujung minggu cam gini mmg orang tahap gaban ramainya kat giant membeli belah tp dlm kfc agak lengang. Ye la..maybe kitorang masuk KFC time sume rakyat Malaysia dah kekenyangan pukul 5.30 ptg. 

Masa kami tengah makan ternampak seorang wanita 1 Malaysia (fhm-fhm je la ek~ non-muslim) sedang berbincang dgn seseorang di ctu. Dan saya agak dia adalah Manager KFC tersebut dari pakaian beliau. Ala yang warna biru belang-belang tuh....Tapi kami wat taktau je sbb xder kena mengena ngn kami. Dan tak jauh dari kami dua orang anak dara manis yg comel lote yang sedang mengelap meja-meja kfc. Klo ikut firasat saya kedua-dua anak dara tersebut baru lepas SPM, so dlm 17 or 18 tahun umurnya. 

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba Manager 1 Malaysia tersebut memanggil kedua-dua anak dara manis tersebut di depan kami. Dan anda rasa apa yang berlaku ?

Mereka kena marah ? ...Ohh tidak
Mereka dapat bonus ? ...ini sudah semestinya tidak !
atau Mereka dinaikkan pangkat ? ....lagi la tidak !!

Rupa-rupanya manager tersebut menegur cara mereka berpakaian !!
Adakah mereka tidak memakai uniform KFC yang vogue tuh ? 
Sudah pasti la mereka pakai tapi seperti yang kita maklum, baju uniform KFC kan berlengan pendek. So, anak-anak dara manis ni memakai tight hitam di dalam dan menutupi tangan mereka sehingga ke pergelangan tangan. Jadi,insyaAllah aurat mereka sudah ditutup dengan sempurna. 
Bukankah aurat seorang wanita itu adalah seluruh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan. Berbalik pada cerita tadi, manager tersebut memaklumkan bahawa 
TIGHT TIDAK dIBENARKAN. 
So, mereka dikehendaki menyenteng tight tersebut ke dalam lengan baju KFC or dalam erti kata lain orang ramai tidak akan nampak yang mereka tidak memakai tight tersebut. Dan terserlah lah aurat dua orang wanita tersebut. 

Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan Agama Islam adalah agam kita yang sempurna dan menyeluruh jadi perlukah agama dipisahkan dengan kehidupan terutama dalam usaha kita mengejar kerjaya....

JADI TEPUK LAH DADA TANYA LAH SELERA


Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi)



Itu baru KFC, blum masuk bab pizza hut lagi. Kadang-kadang oppss bukan kadang-kadang tapi dah sememangnya pekerja-pekerja wanita PIZZA HUT akan memakai baju yang sangat ketat. Bukan setakat baju, seluar pun sangat ketat. Saya rasa kalo semut masuk pun, semut boleh mati sesak nafas! Tapi sayangnya klo kite perhati kebanyakkan pekerja Pizza hut yang memakai baju ketat adalah wanita Islam ! 

"Akan berlaku pada akhir zaman, wanita yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, kerana pakaiannya yang jarang sehingga nampak auratnya" - Hadith Riwayat Muslim.

Teringat saya satu kisah kawan saya ketika dia baru graduate dari U dulu. Saya kira rezki dia agak murah sebab sebaik sahaja dia baru kuar dr U, dia telah ditawarkan bekerja sebagai QC (quality control) di sebuah company yang pemiliknya dalam dari golongan 1 malaysia (non-muslim). Hari pertama dia berkerja, dia diberikan rehat dari 12 - 12.30 tgh utk lunch. Dan lepas tu die dikehendaki sambung kerja semula sehingga ke petang dalam kul 6 kot klo xsalah saya. So, hari pertama tuh die minta izin bos nak pergi sembahyang zuhur sbb dalam company tuh xder surau dan bilik khas yg disediakan untuk dia ada tokong or tempat sembhyang agama lain. 
So, agak-agak apa jawapan yang diberikan oleh bos dia ?
Bos dia kata...NO ! n bukan itu sahaja bos dia siap bg ceramah free kat dia. Bos tu mengatakan dia sendri tidak pernah sembahyang tapi masih berjaya. Emm Memang la bangsa die akan berjaya kaya raya waalaupun  tak sembahyang sbb diorng kafir ! 



Firman Allah,
maksudnya, 


"Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang di dunia dan mereka makan seperti 
makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka" (Muhammad:12).




Jadi kawan saya ni tanya pakcik-pakcik yang dah lama kerja dictu. Dimana diorng sembahyang...
Tahu apa jawapan pakcik-pakcik tuh...
Tak sembahyang!
Jadi kalo dah kerje 10 thn, maknanya dah baper lama tak semayang ZUHUR?


Em...jadi sama -samalah kita fikir-fikirkan.Dan kalo kita ditempat mereka apa tindakan kita ?
BERHENTI OR TERUS KAN ?


Semoga Allah jauhkan kita dari fitnah Dajjal dan apa yang saya tulis ni adalah sebagai pedoman dan iktibar dan juga sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan sesiapa yang membaca nukilan hina ini kerna dunia ini sudah semakin sampai ke penghujungnya. Dan inilah realiti dalam hidup kita, yang berlaku disekeliling kita. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita sebelum dan yang akan datang. AMIN.


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan
baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidada
disangka-sangkanya." (At Thalaq 2-3)

Comments

  1. I seen worse than that...n yg sedihnye..we still call our country negara Islam!!! 1 malaysia kan..tsk tsk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

resipi Daging Black Pepper

Resepi Kek Coklat Moist Anis