Wednesday, May 05, 2010

Tips mengelak dan menyembuhkan penyakit menurut  Rasulullah S.A.W

 

1.  PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan ialah perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)



2.  MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat

pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).


3. PERKARA YANG MENGELAPKAN PANDANGAN

iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak

menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.



4. PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu

berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan

banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu

menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.



5. PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong,dengki, berdusta dan

suka mengadu domba.



6. PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullai (beribadah

di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur

(masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan

petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu

pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.



7.  PERKARAN YANG MEROSAKKAN KEFAHAMAN DAN INGATAN


Perkara yang boleh menyebabkan rusaknya ingatan dan kefahaman iaitu

sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati

sedih dan fikiranrunsing. 


8. PERKARA YANG MENAMBAHKAN INGATAN DAN KEFAHAMAN 

ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit

minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta

mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.


1 comment:

  1. pttlah sy susah nak faham dan cepat lupa...sy suka makan banyak2..hmmmm
    tqvm utk info ini :-)

    ReplyDelete

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...