Diet Rasullulah Sallallahi Alaihi Wassallam...


Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda dan anak-anak anda tidak akan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU. cth:- minuman koktel.
CARA MAKAN
  • Jangan makan Buah setelah makan Nasi, makanlah Buah terlebih dahulu kemudian baru makan Nasi
  • Tidur sekira-kira 1 jam selepas makan tengahari. Dapat mencergaskan badan dan minda.
  • Jangan tinggal makan malam. Seeloknya makan malam sebelum jam 7 malam. Siapa yang meninggalkan makan malam akan dimakan usia dan kandungan kolestrol dalam badan akan berganda.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan daging ayam bersama ikan. kerana akan cepat mendapat penyakit.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari- jari, yaitu 10 kali ganda daripada yang terdapat dalam air liur (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Comments

Popular posts from this blog

Tips 10,000 Langkah Sehari

resipi Daging Black Pepper

Resepi Kek Coklat Moist Anis